Loceng tamat kelas
berbunyi. Pelajar tingkatan 3A yang dari tadi fokus memberi perhatian kelas
sejarah oleh Cikgu Norlia , kini sudah mula mengemas buku-buku dan
barang-barang mereka. ‘Ok, kelas! ulangkaji kita sampai sini dahulu untuk hari
ini..’ kata Cikgu Norlia sambil membawa buku teks sejarah di tangannya. Mahfuz
yang merupakan ketua kelas berdiri lalu meminta rakan-rakan sekelasnya yang
lain turut berdiri, ‘bangun semua! Terima kasih, cikgu.’ ‘terima kasih cikgu!’
sambut rakan-rakan sekelasnya yang lain. Kemudian, Cikgu Norlia yang tadi sudah
keluar dari kelas tiba-tiba muncul semula, ‘Fahri, sila jumpa cikgu sebentar!’
minta Cikgu Norlia kepada Fahri, seorang pengawas sekolah yang bertubuh tinggi,
kurus, berkulit putih kacukan cina dan berkaca mata. Fahri dengan taatnya
segera bergegas berjumpa Cikgu Norlia di bilik guru.
Cikgu Norlia: Fahri,
cikgu tengok keputusan trial PMR kamu ni dah elok, 7A 1B 1C. Tapi, yang cikgu
hairannya, kenapa sejarah yang kamu dapat C tu? Susah sangat ka sejarah?
Fahri: Saya minat
sejarah, tapi bila saya baca memang tak masuk lar cikgu. Dari tingkatan 2
lagi...
Cikgu Norlia: Hurmmmm..
Cikgu tahu, tapi itu bukan alasannya. Sekarang ni kamu ambil semua kertas
soalan ni, cikgu nak kamu jawab semuanya, boleh? (sambil menghulurkan satu fail
soalan yang tebal.)
Fahri: in sha Allah, cikgu.
Saya akan cuba habiskan.
Cikgu Norlia: fahri,
kertas soalan tu, kamu tolong bagi kepada syukri kelas 3C, minta dia fotostat.
Fahri: Owhhhh..kebetulan
lar cikgu, saya dan syukri tinggal sebilik.
Cikgu Norlia: Haaaaa..
kalau macam tu lagi bagus. Ok, balik jawab ya.
Fahri: Baik cikgu..
***
Setelah solat zohor
berjemaah di surau an-Najah dan makan tengah hari di dewan makan, Fahri terus
balik ke biliknya yang berada di tingkat 3. Kebiasaannya, jadual kelas pelajar
tingkatan 3 tamat lebih awal berbanding kelas lain. Dengan itu, di bilik hanya
ada Fahri, Syukri dan Arif. Mereka bertiga ialah pengawas sekolah. Setelah sampai
ke biliknya, Fahri terus menyalin pakaian sekolahnya. Arif hanya baring
beristirahat di atas katilnya yang bersebelahan dengan katil Fahri. Letih kelihatannya.
Syukri pula juga berbaring tetapi sambil mengulang kaji pelajaran. Pelajar yang
berbadan gemuk, berkulit hitam manis dan berkaca mata itu selalu berbuat
demikian setiap kali pulang dari kelas. Sangat rajin. Namun, mungkin bukan
rezekinya, dia diletakkan di kelas 3C. Fahri yang dari tadi mengemas pakaiannya
teringat akan pesanan Cikgu Norlia, lalu dia menghampiri Syukri.
Fahri: Kri(nama
panggilan Syukri), ni Cikgu Norlia suruh aku bagi kat hang. Hang potostet,
pastu bagi kat aku balik.
Syukri: Potostet
semua sekali ka?
Fahri: Ya, semua
sekali. Lepas tu jawab.
Syukri: Ok..
Fahri: Tu hang dok
study subjek pa? Rajin gila.
Syukri: Ni, aku dok
buat latihan math. Buku latihan ni beli lama dah, tapi lar ni baru rajin nak
buat. Hehe..
Fahri: Serupa lar aku
pun. Hehe..
Syukri: Fahri, hang
kenai dak budak perempuan kelas 3B? Nama dia Hafiza.
Fahri: Ishhh,, Yang
mana satu ya?
Syukri: Alaarr,, Yang
putih-putih tu, tinggi, muka macam orang mat saleh sikit tu.
Fahri: Owhh,, Yang
macam ‘Ahli Sihir’ tu?
Syukri: Hahahahaha!!
Hang ni pun.. Agak-agak lar.. Ahli sihir terus hang bagi.
Fahri: Hehe.. Ni awat
yang tetiba Tanya aku pasal Hafiza ni? Hang minat kat dia pa?
Syukri: Gila hang tak
minat!! Lawa kowt. Sebab tu masa prep petang ngan prep malam aku suka pi kelas
3B. Nak usha dia. Hehe..
Fahri: Amboi! Menyelam
sambil minum air nampak..
Syukri: Bukan selalu.
Kehkeh..
Fahri: Ok lar, aku
nak pi mandi. Satgi nak pi prep plak. Hang tu pun pi lar mandi. Nak jumpa ahli
sihir pulak satgi. Hehe..
Syukri: Pi lar hang
mandi dulu.
***
Semakin hari,
peperiksaan PMR semakin hampir. Fahri hanya asyik dengan ulangkajinya. Dia langsung
tidak menghiraukan sekelilingnya. Pada masa yang sama, Syukri, semakin
mendekati perempuan idamannya, Hafiza. Mereka sering berbalas surat dan kalau
pada musim cuti, mereka selalu chatting di facebook. Lama kelamaan, timbul rasa
cinta dalam diri Syukri kepada Hafiza. Pada suatu hari, selepas kelas prep
petang, Syukri menceritakan perasaannya kepada Fahri.
Syukri: Wey Fahri,
hang tau dak, aku dengan Hafiza lar ni dah makin rapat. Dulu berani tengok ja. Lar
ni, aku dah berani tegur dia n dia pun selalu tegur aku. Tetambah, time cuti,
selalu kowt aku chat ngan dia kat fb,.Hehe..
Fahri: Hafiza? Ahli
sihir tu ka?
Syukri: Hahaha..
Haa,, Yang tu lar. Hang ikut dan ja panggil dia ahli sihir, kalau dia tau marah
mampuih!
Fahri: Ok, baik hang
jangan gtaw dia aku panggil dia gitu.
Syukri: Tapi, aku
rasa nak gtaw gak nanti. Hehe.. Ni hang tengok ni gambar sapa..hehe..
Fahri: Hurmmm,, Macam
ahli sihir tu ja? Dia kan?
Syukri: Haaaaa,
pandai! Dia lar tu.
Fahri: Hang ambik
mana ni, gambar ni?
Syukri: Kat fb kan ada.
Aku download, pastu print lar. Ni aku
guna computer pejabat ayah aku ni. Nasib baik dia tak nampak. Kalau tak, kantoi
aku!
Fahri: Haha, ‘bijak’
gila hang. Lawa jugak dia ni. Boleh larr..
Syukri: Kan.. tengok
lar sapa pilih. Haha..
Fahri: Wey, hang tau
dak, trial hari tu aku rasa dia ni lar yang duduk sebelah kanan aku. Kalau tak
silap lar. Sebab aku tak berani nak usha sebelah. Hehe. Tapi, dia kan budak
terer math. Aku usha sikit. Khusyuk gila kowt dia jawab.
Syukri: Waaahhhhhh!!
Jelous nya aku! Untung gila hang, duduk tepi bidadari. Sebelah kiri hang sapa?
Fahri: Kalau tak
silap aku, Amalin kowt.
Syukri: Waaahhhhhh!! Awek
lama hang! Terbaik lar tempat duduk hang. Dikelilingi bidadari. Patut boleh
jawab exam pown. Haha..
Fahri: Bukan awek aku
lar.. haha. Allah lar yang bagi aku boleh jawab. Takda kaitan pown dengan depa
tu. Hehe..
Syukri: Ok fine, aku
kena.
***
Dua minggu lagi, pelajar
tingkatan 3 akan menduduki PMR. Ustaz Rosli yang merupakan guru penasihat
pelajar tingkatan 3, meminta mereka meminta maaf sesama mereka sekiranya ada
melakukan apa-apa kesalahan dan juga kepada guru, ibu bapa dan semua orang yang
mereka rasa patut meminta maaf. Pada masa yang sama, berlaku sedikit masalah
dalam hubungan antara Syukri dan Hafiza. Syukri mahu mengutus surat tanda
meminta maaf kepada Hafiza..
Syukri: Wey Fahri,
aku nak tulis surat kat Hafiza ni, nak mintak maaf. Hang tu qeja dok kata dia
ahli sihir, tak rasa bersalah ka? Nak aku mintak maaf sekali?
Fahri: Hurmmm,, Betul
jugak kan? Tulis ja lar sekali. Aku pun rasa bersalah gak ni.
Selepas Syukri
menghantar surat tersebut, Hafiza tidak membalas surat itu, tetapi dia
bersama-sama beberapa orang rakannya pergi berjumpa Syukri sebelum pulang dari
prep malam.
Hafiza: Syukri, ni
surat hang kan?
Syukri: Ya, awat?
Hafiza: Ok, yang hang
punya maaf tu, aku maafkan, tapi yang sorang lagi ni, apa nama dia?
Syukri: Fahri..
Hafiza: Haaa, Si
Fahri tu! Kenapa dia kata aku ahli sihir? Ni yang aku tak puas hati ni. Aku tak
maafkan dia. Aku nak dia mai minta maaf sendiri!
Syukri: Hurmmmm…
Setelah pulang ke
bilik, Syukri segera mengkabarkan kepada Fahri, bahawa maafnya tidak diterima.
Syukri: Fahri, Hafiza
jumpa aku tadi. Dia kata dia tak mau maafkan hang.
Fahri: Hek eleh,
kalau tak nak maaf sudah. Ada aku kisah. Hehe.
Syukri: Wey hang
jangan buat lagu tu. Dia marah gila kowt tadi.
Fahri: Hehe, Marah
ya? Haha,, Nanti lepas exam aku minta maaf lar. Kan aku duduk tepi dia..
Syukri: Hang brani
ka? Puihhh!!
Fahri: Alah, setakat
nak minta maaf, boleh ja kowt.
Syukri: Takpa, kita
tunggu nanti. Aku cabar hang. Pastu kalau boleh, tolong mintak nombor fon dia
sekali. Kata aku yang mintak. Hehe..
Fahri: Nombor fon ja?
Apa lah sangat setakat nombor fon.
Syukri: Hang jangan
dok sembang kemaih sangat. Sembang ngan pompuan pun hang tak berani..kehkeh.
Fahri: Hang tengok
lar nanti.
***
Hari terakhir
peperiksaan PMR, kertas terakhir iaitu kertas subjek Kemahiran Hidup Bersepadu.
Fahri khusyuk menjawab kesemua 60 soalan objektif dalam kertas tersebut. Setelah
menjawab, 2-3 kali dia menyemak semula kesemua jawapan. Setelah yakin,
baharulah, dia akan meletakkan pensel, dan cuba membelek-belek semula soalan. Tiba-tiba,
dalam suasana mindanya yang ligat berfikir, dia teringat akan janjinya kepada
Syukri 3 minggu yang lepas. Dia perlu meminta maaf daripada Hafiza. Lalu timbul
rasa berani bercampur takut mahu meminta maaf dalam dirinya.
‘Masa Menjawab telah
tamat! Semua calon boleh berhenti menjawab. Kertas peperiksaan akan dikutip
oleh pengawas peperiksaan.’ Kata ketua pengawas peperiksaan. ‘Hoorrayyyy!!’
jerit semua pelajar, tanda merdeka, bebas buat sementara daripada belajar. Dalam
kegamatan itu, Fahri cuba menoleh ke kanan. Dia melihat Hafiza dan secara tidak
sengaja Hafiza juga menoleh ke arahnya. Bertemu mata dengan mata. Fahri menarik
balik pandangannya. Bergelatar tangan kakinya. Seperti baru melihat bidadari. Sememangnya,
Hafiza itu seorang yang cantik wajahnya dan juga peribadinya. Fahri berbisik di
hatinya, ‘kenapalah tak terkeluar pulak suara aku tadi? Aduhh!!’. Sekali lagi
Fahri tekad mahu meminta maaf, dia toleh buat kali kedua. Dan ketika itu……………..
Hafizah sudah pun bangun dari tempat duduknya, lalu keluar dewan menuju ke
kelas. Hancur harapan Fahri.
Namun, Fahri masih nekad
mahu meminta maaf. Dia segera bergegas ke kelas 3B. Kali ini dia betul-betul mahu
minta maaf, tiada apa boleh menghalangnya dan dia tidak akan segan silu lagi. Sampai
sahaja di muka pintu kelas 3B, dinampaknya, Hafiza sedang menyusun buku-bukunya
di rak buku bahagian belakang kelas. Terus dia meluru menuju gadis tersebur.
Fahri: Hafiza..
Hafiza: Ya..
Fahri: A… Aku.. Aku..
aku minta maaf sebab kata hang ahli sihir.. Sorry ya!(dengan gementar)
Hafiza: Owhh, Ok(Keadaan
terkejut)
Fahri: Lepas tu…
Syukrimintanomborfonhang. Ikutlarnakbagiketak!(cakap dengan laju kerana semakin
gementar)
Hafiza:….(mengangguk-angguk
seperti faham, padahal tidak faham pun sebab terlalu laju)
Fahri terus bergerak
pulang ke kelasnya yang bersebelahan dengan kelas Hafiza. Rasa takut dan
gementarnya tadi kian hilang. Lega rasanya apabila sudah meminta maaf. Selepas pulang
ke bilik, Fahri menceritakan semuanya kepada Syukri. Apabila diingatkan semula,
Fahri dan Syukri akan ketawa terbahak-bahak kerana babak itu sangat lucu. Mahu minta
maaf tapi takut dan malu, akhirnya jadi begitu.
***
Suatu hari, selepas
PMR, hari itu para pelajar tingkatan 3 diminta untuk menghantar buku teks
sekolah. Fahri bersama-sama rakan sekelasnya sibuk mengemas dan menyusun buku
untuk diangkut ke Bilik SPBT. Tiba-tiba, muncul seorang pelajar perempuan
bernama Farhani memanggil Fahri.
Farhani: Fahri, sini
jap.
Fahri: Ehh, panggil
aku ka?
Farhani: Ya, hang
lar, sapa lagi.
Fahri: Awat ada apa?
Farhani: Hafiza nak
jumpa.
Fahri: Nak jumpa? Dia
marah lagi?
Farhani: Entah lar..
Jumpa nanti Tanya lar sendiri.
Fahri: Ok.. Sebelum tu,
tlong gtaw Hafiza, Syukri mintak nombor fon dia.
Farhani: Owh, ok..
Fahri: Dia nak jumpa
kat mana?
Farhani: Kami tunggu
kat terowong.
Fahri: Ok, nanti aku
pi. Ni nak angkat buku sat.
Farhani: Takpa, kami
pun dok angkat buku jugak. Jumpa kat terowong ok..
Fahri: Ok..
Sebaik sehaja habis
mengangkat buku, Fahri terus pergi ke terowong yang dijanjikan. Sampai di situ,
Fahri dapati Farhani dan Hafiza sudah pun menunggu.
Fahri: Sorry ya
lambat. Angkat buku tadi.
Hafiza: Takpa, kami
pun baru ja sampai.
Fahri: So, ada apa
nak jumpa ni?
Hafiza: Kenapa
panggil aku ahli sihir?!(nada tegas, muka merah)
Fahri: Kan hari tu
dah minta maaf.
Hafiza: Memang lar, tapi
nak tau jugak kenapa.
Fahri: Hehe, better
hang tak payah taw. Kang tak pasal aku kena minta maaf sekali lagi.
Hafiza: Huh?
Fahri: Gini lar..
Jadi kawan k? Sekali lagi aku minta maaf. Janji tak kata dah. Ok?
Hafiza: Hurmmm.. Ok
lar..
Fahri segera beredar
dari tempat perjumpaan tersebut..
***
Semenjak daripada perjumpaan itu, Fahri dan Hafiza
semakin akrab. Daripada mengata berubah menjadi cinta.. Ehh x!! Dorang tak
becinta pun. Cuma tak bergaduh lar dan jadi kawan. Sampai sekarang.. ;)
Moral: Allah ta”ala
melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran
yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11
yang bermaksud : ” Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara
sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir,
Firaun, Haman atau sebagainya “. Firman Allah lagi yang bermaksud : ” Amat
buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah “
No comments:
Post a Comment