Sunday, November 30, 2014

APABILA DITANYA TENTANG JODOH..



Sahabat-sahabatku apabila ditanya tentang jodoh:



A: Kalau nak cari jodoh, jangan couple. Bila couple tetiba clash, then kahwin dengan orang lain. Nanti bila jumpa balik, akan teringat balik saat2 indah couple dahulu. Ini boleh menyebabkan kecurangan dan penceraian. So jangan couple!!


B: Aku kalau boleh nak cari yang x islamic langsung. Tak pakai tudung pun boleh. Lepas kawin, aku nak tarbiyah dia habis-habisan, in sha Allah..


C: Aku ada dah calon. Mak ayah dia knal aku n mak ayah aku knal dia. Hanya tunggu masa dan waktu ja lar..


D: Bagi aku, baik cari yang dah complete set. Mudah kerja.


E: Aku x nak berbinikan ustazah!!muktamad!!


F: Kalau nak jadi laki orang, kena jaga solat Jemaah dulu..


G: Nak berhubung boleh dengan perempuan yang kita suka tu, tapi ikhtilat kena jaga. Cakap benda2 penting saja..



H: Ana nak antum cari jodoh dalam kalangan ahli kita saja, kalau antum nak cari orang luar, jangan anggap ana naqib antum!!


I: Kalau nak cari jodoh, cari yang faham islam walaupun dia bukan dalam bidang agama..


J: Aku suka perempuan yang aktif dan pandai memasak..


K: Carilah yang boleh terima seadanya dirimu..




My family apabila ditanya tentang jodoh:


Mama: Abang cari sendiri. Tunjuk kat mama. Mama suka, then kawin. N jangan cari jauh2 sangat..


Adik: Wey, bang! Kita kenduri sekali lar. Sabaq sat ja. Tujuh tahun lagi.


Kakak: Adik, kenduri sekali lar senang. Jimat.. Sempat lar kumpul duit dulu..


Tok: Atan, kalau nak cari bini, cari lar yang putih n tinggi. Nanti baru sepadan..


Pak Njang: Baik hang kawin awai, nanti takut jadi macam aku..


Mak Tih: Ustaz mesti kena cari ustazah..




Diri aku sendiri apabila ditanya tentang jodoh:


Aku: Malas nak fikir. Aku utamakan perintah Allah, Allah utamakan urusan aku termasuklah jodoh, in sha Allah..





“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).







Peace…

No comments:

Post a Comment