Friday, November 6, 2015

PELANDUK EMPAT SERUPA..



Ehemmm2...



Assalamualaikum..



Entry kali ni aku tak berniat untuk tulis pasal cinta, sebab aku tau dah, bab cinta ni even kita tak cerita pun, orang dah master bahkan PhD..mungkin.. Jadi, kali ni, aku nak cerita pasal pengalaman aku di’salahorang’kan oleh orang lain..senang cerita, ada orang ingat aku ni ‘orang-orang tu’, padahal bukan. Sebab jadi macam ni ialah tak lain tak bukan, sebab muka aku dengan ‘orang-orang tu’ agak sama dan seiras.. Btw, sapa ‘orang-orang tu’??


Haaaaaaaa…nak tau sapa, scroll lar bawah ni haaa..


Opppp2.....dah lar scroll tu, jangan bawah sangat, kang terlepas…sikit dah lar…




‘Orang-orang tu’ adalah.....*rentak anugerah skrin TV3


MAT LUTHFI..





Haaaaa… Mat Luthfi..sapa tak kenai kan..


Ok, pengalaman ni berlaku masa aku kat sebuah kedai buku yang terkenal di Alor Setar, Pustaka Darul Salam. Kat situ memang banyak lar buku-buku akademik dan kitab-kitab Arab. Aku p situ nak cari buku karangan Syeikh Mustafa Masyhor. So, masuk lar aku dalam kedai tu, dengan berbaju jersey kedah season 2013-2014 home punya, bersweater nikey hitam dan berseluar khaki coklat.


Masuk ja kedai tu, nampak lar kaunter depa tak jauh dengan pintu masuk tu. Ada dua orang cashier perempuan dok jaga situ, sorang tu kulit putih sikit, sorang lagi kelabu asap sikit *I mean tak putih sangat lar.. masa aku lalu depan kaunter, akak yang kelabu asap tu dok usha aku.. haishhh,,pehal akak ni usha aku gitu..seram dohh.. aku buat derkk ja.. pi cari buku..


Selepas selesai thowaf dekat 7 kali seluruh kedai tu, aku pun jumpa lar yang aku nak beli tu.. ada dua pulak karangan Mustafa Mashor, tajuk lebih kurang sama.. tak taw nak pilih, aku call lar kawan aku, Syaza, dia dok alostaq gak..lpas call, dia kata better beli dua dua sebab dua dua nak guna nanti..tapi kalau nak beli satu dlu pun takpa..then dia gitaw lar buku yang mana perlu lebih diutamakan..


Lepas call tanya apa suma, aku pun belek lar kejap buku tu.. masa dok asyik belek buku tu, aku terperasan akak cashier tu yang tadi dok usha aku, masih usha aku.. dalam fikiran dok pikir, aku ada buat salah ka? Ada apa apa ka kat muka aku? Hurmmmmm, perasaan aku ja kowt.. abaikan akak tu.. aku sambung belek buku.. lepas puas hati dengan buku tu, aku pi kat kaunter nak bayar.. akak cashier yang putih tu serve aku, yang dok usha aku tadi jaga mesin duit tu. Masa nak bayar tu, terjadilah sedikit perbualan antara aku ngan akak cashier tu:



Aku: Kak, berapa harga buku ni??


Cashier: Hurmmmm, jap nak scan..ok..RM12 dik..


Aku: Owhh,, ok..nah..*sambil hulur duit..


Cashier: Adik2,, adik ni Mat Luthfi kan??


Aku: Ehh,, bukan lar..


Cashier: Betul ke?? Adik memang pakai spec ke?? Ke taknak orang kenal??


Aku: Hurmmm,, betul lar kak, saya bukan Mat Luthfi lar..


Cashier: Hurmmmm..Ok.. *buat muka pelik



Keluar ja dari kedai tu, terus gelak sorang2..Mat Luthfi?? Tak sama langsung kowt..haha..



***




ARIEL PETERPAN/NOAH




Haaaaa,,, ni dia orang yang kedua..kalau orang kata muka aku sama dengan Ariel ni, aku agak setuju..sikit lar..sebab tambut dan bentuk muka memang sama.. dari segi kehenseman mesti lar aku..*huhhh,,xnak kalah…-..- ..btw, aku memang minat dengan lagu lagu Peterpan dan NOAH dari dulu sampai sekarang.. selalu ja dok tiru suara si Ariel ni..tp malangnya tak jadi..hukhuk..I redho..ok abaikan yang tu.. saat pengalaman orang samakan aku dengan Ariel ialah pada suatu hari, di ipg tempat aku belajar, time tu aku nak keluar guna motor kawan aku. On the way nak pegi garaj motor tu, jumpa lar dua orang kawan aku, sorang senior (Idris), sorang junior (Izriq), then jadilah conversation ni:



Izriq : Ih(singkatan nama aku versi kelate, asalnya faez), mano tuh?


Aku : Nok tubek meta weyh..


Izriq : Paka jangok molep..supo nok gi jupo gewe..


Aku : Haha..tubek gi bank ja lar..



Kemudian Idris menyampuk..



Idris : Fulamakk ko Fahmi..!! hensem arrr…macam artis indon dah aku tengok..


Aku : Haha,, ye lar tu..


Idris : Weyhh, serius doe, macam Ariel Peterpan.. Smart arr kau!


Aku : Hahaha,, jauh gila beza!!


Idris : Serius kowt, betul kan Izriq?


Izriq : Lamo doh kawe parase tuh…


Idris : Haaa.. cer ko nyanyi skit.. Dan Mungkin Bila Nanti… *lirik lagu Mungkin Nanti


Aku : Hahaha..merepek ahh sep mu.. dah, gerak dlu..




Haaaaaa…macam tu lar kisah yang kedua ni..huhhhh..next!!!



***



VINCE



Hurmmmm,, btw, dulu si Vince ni kan kurus sikit masa remaja..gambar atas ni macam dah chubby sikit..hehe..ok, kisah yang ketiga ni macam ni plak.. masa tu aku darjah 4, aku rapat dengan dua beradik ni, Fatin (kakak, tua dua taun dari aku) dan Fatihah (adik, muda setahun dari aku).. depa dua orang ni anak ustazah ngaji quran aku.. kami memang rapat gila.. dah macam adik beradik..


One day, Fatin dan Fatihah ni mai umah aku, Fatin kawan baik kakak aku, so dia main ngan kakak aku lar.. Fatihah rapat ngan aku.. kami main sekali.. dok asyik main, tetiba Fatihah tegur aku..



Fatihah : Weyhh, Atan (nama aku kat kampong), hang tau dak kakak aku kan..


Aku : Haaa, menda pa? awat ngan kak hang tu?


Fatihah : Dia kata.. Muka hang macam Vince..


Aku : Vince? Sapa tu?


Fatihah : Alarrrr,,,Vince yang belakon gambaq “SEMBILU” tu.. yang muka cam cina sikit tu..


Aku : Hurmmm,, yang tu ka..huhhh..




Inilah cerita yang ketiga…Next!!



***



Dah lar tu.. tak larat nak taip dah..takdak next2 dah..huhhhhh



Kesimpulan: Kekadang, bukan sekadar rupa paras yang seiras membuat orang menyamakan kita dengan orang lain, malah juga perwatakan, suara, cara berfikir, penampilan, perbuatan spontan dan banyak lagi yang kita tunjukkan.. Jadi, aku bukan nak highlight or nak bajet style lar orang samakan aku dengan mereka yang femes macam kat atas ni, tapi yang lebih penting ialah, some time, apa yang kita buat atau kita miliki membuatkan orang samakan dengan orang lain..it’s like simile..sama ada samakan dengan yang baik mahupun sebaliknya..harap kita sentiasa menunjukkan karakter yang baik dalam kehidupan seharian di depan manusia dan juga yang jauh lebih penting, di hadapan Tuhan supaya kita disamakan dengan orang-orang yang baik-baik sahaja..in sha Allah..









Jane!

Tuesday, October 6, 2015

TUHAN BERIKAN AKU CINTA


Walau aku senyum bukan berarti,,

Aku selalu bahagia dalam hari,,

Ada yang tak ada di hati ini,,

Di jiwa ini hampa..



Ku bertemu sang hawa di simpang hidupku,,

Mungkin akan ada cerita cinta,,

Namun ada saja cobaan hidup,,

Seakan aku hina..



Tuhan berikanlah aku cinta,,

Untuk temaniku dalam sepi,,

Tangkap aku dalam terang-Mu,,

Biarkanlah aku punya cinta..



Tuhan berikanlah aku cinta,,

Aku juga berhak bahagia,,

Berikan restu dan halal-Mu,,

Tuhan beri aku cinta..



Ku bertemu sang hawa di simpang hidupku,,

Mungkin akan ada cerita cinta,,

Namun ada saja cobaan hidup,,

Seakan aku hina..



Tuhan berikanlah aku cinta,,

Untuk temaniku dalam sepi,,

Tangkap aku dalam terang-Mu,,

Biarkanlah aku punya cinta..




Tuhan berikanlah aku cinta,,

Aku juga berhak bahagia,,

Berikan restu dan halal-Mu,,

Tuhan beri aku cinta..



Monday, December 15, 2014

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1



Pada semester satu tahun satu ijazah kat ipg, aku kena lalui satu program yang dinamakan pbs *sila tengok tajuk maksud dya… pbs ni bertujuan untuk bg aku sebagai guru pelatih untuk mengalami alam perguruan dengan suasana sekolah yang real. So, memang kena g sekolah lar dan sekolah yang aku pilih ialah sekolah rendah lama aku, Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah. Sebab aku pilih sekolah ni ialah:



1. Dekat dengan rumah aku.


2. Aku kenal majority guru kat sekolah tu, klaw yang aku tak kenal tu, mostly dorang kenal mak aku.


3. Aku nak jumpa seorang guru yang jadi idola aku, januari taun depan dya dah nak pencen.


4. Aku nak tahu siapa pengganti aku dalam lompat tinggi kat sekolah, kalaw boleh aku nak train budak tu.




Antara pengalaman yang aku hadapi dalam pbs fasa 1 ni ialah:


1. Dapat ber’jejak kasih’ dengan cikgu2 lama aku.


2. Dapat kenal 2 org guru pelatih perempuan dari ipg darul aman yg kebetulan buat praktikum kat situ.


3. Cikgu2 banyak berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka sebagai pendidik.


4. Dapat masuk kelas tahun 2,3,4,5 dan 6..*tahun satu aku tak berani nak masuk, budak2 kecik sangat n takut susah nak handle.


5. Cikgu2 asyik tanya pasal kahwin.*annoying kowt..


6. Murid-murid asyik tanya soalan pelik.*lagi annoying..





7. Dapat menyaksikan secara live pertandingan bola baling peringkat pkg simpang empat.*kebetulan sekolah aku jadi tuan rumah..





8. Ada makcik ingat aku cina.. T.T


9. Diberi peluang untuk bagi motivasi kepada pelajar tahun 6.*aku sendiri kurang motivasi…heee


10. Belajar cara nak buat trek balapan dengan cikgu Rosli.*dari segi teori ja..


11. Dapat kenal sikap guru-guru.


12. Dapat kenal sikap murid-murid.


13. Tahu bahawa, rekod lompat tinggi aku belum dipecahkan. Heee..


14. Teringat zaman sekolah rendah dulu.*saya budak buas.. -..-


15. Dapat belajar Bahasa Arab A’mi mesir dengan seorang ustazah. Besttt…


16. Kenal sedikit sebanyak tentang KSSR.


17. Dapat join satu mesyuarat sekolah.*tegang gila kowt suasana dalam mesyuarat tu..


18. Jumpa pemilik blog KemKandai.*cikgu sekolah aku rupanya..baru kenal..





Dulu, cikgu mcam mak ayah, sekarang dah macam kawan..kawan yang sangat dihormati. So, my mission to be there accomplished. Alhamdulillah..




Jane…



Friday, December 12, 2014

Kerana “Ahli Sihir”..



Loceng tamat kelas berbunyi. Pelajar tingkatan 3A yang dari tadi fokus memberi perhatian kelas sejarah oleh Cikgu Norlia , kini sudah mula mengemas buku-buku dan barang-barang mereka. ‘Ok, kelas! ulangkaji kita sampai sini dahulu untuk hari ini..’ kata Cikgu Norlia sambil membawa buku teks sejarah di tangannya. Mahfuz yang merupakan ketua kelas berdiri lalu meminta rakan-rakan sekelasnya yang lain turut berdiri, ‘bangun semua! Terima kasih, cikgu.’ ‘terima kasih cikgu!’ sambut rakan-rakan sekelasnya yang lain. Kemudian, Cikgu Norlia yang tadi sudah keluar dari kelas tiba-tiba muncul semula, ‘Fahri, sila jumpa cikgu sebentar!’ minta Cikgu Norlia kepada Fahri, seorang pengawas sekolah yang bertubuh tinggi, kurus, berkulit putih kacukan cina dan berkaca mata. Fahri dengan taatnya segera bergegas berjumpa Cikgu Norlia di bilik guru.


Cikgu Norlia: Fahri, cikgu tengok keputusan trial PMR kamu ni dah elok, 7A 1B 1C. Tapi, yang cikgu hairannya, kenapa sejarah yang kamu dapat C tu? Susah sangat ka sejarah?

Fahri: Saya minat sejarah, tapi bila saya baca memang tak masuk lar cikgu. Dari tingkatan 2 lagi...

Cikgu Norlia: Hurmmmm.. Cikgu tahu, tapi itu bukan alasannya. Sekarang ni kamu ambil semua kertas soalan ni, cikgu nak kamu jawab semuanya, boleh? (sambil menghulurkan satu fail soalan yang tebal.)

Fahri: in sha Allah, cikgu. Saya akan cuba habiskan.

Cikgu Norlia: fahri, kertas soalan tu, kamu tolong bagi kepada syukri kelas 3C, minta dia fotostat.

Fahri: Owhhhh..kebetulan lar cikgu, saya dan syukri tinggal sebilik.

Cikgu Norlia: Haaaaa.. kalau macam tu lagi bagus. Ok, balik jawab ya.

Fahri: Baik cikgu..




***




Setelah solat zohor berjemaah di surau an-Najah dan makan tengah hari di dewan makan, Fahri terus balik ke biliknya yang berada di tingkat 3. Kebiasaannya, jadual kelas pelajar tingkatan 3 tamat lebih awal berbanding kelas lain. Dengan itu, di bilik hanya ada Fahri, Syukri dan Arif. Mereka bertiga ialah pengawas sekolah. Setelah sampai ke biliknya, Fahri terus menyalin pakaian sekolahnya. Arif hanya baring beristirahat di atas katilnya yang bersebelahan dengan katil Fahri. Letih kelihatannya. Syukri pula juga berbaring tetapi sambil mengulang kaji pelajaran. Pelajar yang berbadan gemuk, berkulit hitam manis dan berkaca mata itu selalu berbuat demikian setiap kali pulang dari kelas. Sangat rajin. Namun, mungkin bukan rezekinya, dia diletakkan di kelas 3C. Fahri yang dari tadi mengemas pakaiannya teringat akan pesanan Cikgu Norlia, lalu dia menghampiri Syukri.


Fahri: Kri(nama panggilan Syukri), ni Cikgu Norlia suruh aku bagi kat hang. Hang potostet, pastu bagi kat aku balik.

Syukri: Potostet semua sekali ka?

Fahri: Ya, semua sekali. Lepas tu jawab.

Syukri: Ok..

Fahri: Tu hang dok study subjek pa? Rajin gila.

Syukri: Ni, aku dok buat latihan math. Buku latihan ni beli lama dah, tapi lar ni baru rajin nak buat. Hehe..

Fahri: Serupa lar aku pun. Hehe..

Syukri: Fahri, hang kenai dak budak perempuan kelas 3B? Nama dia Hafiza.

Fahri: Ishhh,, Yang mana satu ya?

Syukri: Alaarr,, Yang putih-putih tu, tinggi, muka macam orang mat saleh sikit tu.

Fahri: Owhh,, Yang macam ‘Ahli Sihir’ tu?

Syukri: Hahahahaha!! Hang ni pun.. Agak-agak lar.. Ahli sihir terus hang bagi.

Fahri: Hehe.. Ni awat yang tetiba Tanya aku pasal Hafiza ni? Hang minat kat dia pa?

Syukri: Gila hang tak minat!! Lawa kowt. Sebab tu masa prep petang ngan prep malam aku suka pi kelas 3B. Nak usha dia. Hehe..

Fahri: Amboi! Menyelam sambil minum air nampak..

Syukri: Bukan selalu. Kehkeh..

Fahri: Ok lar, aku nak pi mandi. Satgi nak pi prep plak. Hang tu pun pi lar mandi. Nak jumpa ahli sihir pulak satgi. Hehe..

Syukri: Pi lar hang mandi dulu.




***




Semakin hari, peperiksaan PMR semakin hampir. Fahri hanya asyik dengan ulangkajinya. Dia langsung tidak menghiraukan sekelilingnya. Pada masa yang sama, Syukri, semakin mendekati perempuan idamannya, Hafiza. Mereka sering berbalas surat dan kalau pada musim cuti, mereka selalu chatting di facebook. Lama kelamaan, timbul rasa cinta dalam diri Syukri kepada Hafiza. Pada suatu hari, selepas kelas prep petang, Syukri menceritakan perasaannya kepada Fahri.


Syukri: Wey Fahri, hang tau dak, aku dengan Hafiza lar ni dah makin rapat. Dulu berani tengok ja. Lar ni, aku dah berani tegur dia n dia pun selalu tegur aku. Tetambah, time cuti, selalu kowt aku chat ngan dia kat fb,.Hehe..

Fahri: Hafiza? Ahli sihir tu ka?

Syukri: Hahaha.. Haa,, Yang tu lar. Hang ikut dan ja panggil dia ahli sihir, kalau dia tau marah mampuih!

Fahri: Ok, baik hang jangan gtaw dia aku panggil dia gitu.

Syukri: Tapi, aku rasa nak gtaw gak nanti. Hehe.. Ni hang tengok ni gambar sapa..hehe..

Fahri: Hurmmm,, Macam ahli sihir tu ja? Dia kan?

Syukri: Haaaaa, pandai! Dia lar tu.

Fahri: Hang ambik mana ni, gambar ni?

Syukri: Kat fb kan ada. Aku download, pastu print lar.  Ni aku guna computer pejabat ayah aku ni. Nasib baik dia tak nampak. Kalau tak, kantoi aku!

Fahri: Haha, ‘bijak’ gila hang. Lawa jugak dia ni. Boleh larr..

Syukri: Kan.. tengok lar sapa pilih. Haha..

Fahri: Wey, hang tau dak, trial hari tu aku rasa dia ni lar yang duduk sebelah kanan aku. Kalau tak silap lar. Sebab aku tak berani nak usha sebelah. Hehe. Tapi, dia kan budak terer math. Aku usha sikit. Khusyuk gila kowt dia jawab.

Syukri: Waaahhhhhh!! Jelous nya aku! Untung gila hang, duduk tepi bidadari. Sebelah kiri hang sapa?

Fahri: Kalau tak silap aku, Amalin kowt.

Syukri: Waaahhhhhh!! Awek lama hang! Terbaik lar tempat duduk hang. Dikelilingi bidadari. Patut boleh jawab exam pown. Haha..

Fahri: Bukan awek aku lar.. haha. Allah lar yang bagi aku boleh jawab. Takda kaitan pown dengan depa tu. Hehe..

Syukri: Ok fine, aku kena.




***




Dua minggu lagi, pelajar tingkatan 3 akan menduduki PMR. Ustaz Rosli yang merupakan guru penasihat pelajar tingkatan 3, meminta mereka meminta maaf sesama mereka sekiranya ada melakukan apa-apa kesalahan dan juga kepada guru, ibu bapa dan semua orang yang mereka rasa patut meminta maaf. Pada masa yang sama, berlaku sedikit masalah dalam hubungan antara Syukri dan Hafiza. Syukri mahu mengutus surat tanda meminta maaf kepada Hafiza..



Syukri: Wey Fahri, aku nak tulis surat kat Hafiza ni, nak mintak maaf. Hang tu qeja dok kata dia ahli sihir, tak rasa bersalah ka? Nak aku mintak maaf sekali?

Fahri: Hurmmm,, Betul jugak kan? Tulis ja lar sekali. Aku pun rasa bersalah gak ni.


Selepas Syukri menghantar surat tersebut, Hafiza tidak membalas surat itu, tetapi dia bersama-sama beberapa orang rakannya pergi berjumpa Syukri sebelum pulang dari prep malam.


Hafiza: Syukri, ni surat hang kan?

Syukri: Ya, awat?

Hafiza: Ok, yang hang punya maaf tu, aku maafkan, tapi yang sorang lagi ni, apa nama dia?

Syukri: Fahri..

Hafiza: Haaa, Si Fahri tu! Kenapa dia kata aku ahli sihir? Ni yang aku tak puas hati ni. Aku tak maafkan dia. Aku nak dia mai minta maaf sendiri!

Syukri: Hurmmmm…


Setelah pulang ke bilik, Syukri segera mengkabarkan kepada Fahri, bahawa maafnya tidak diterima.

Syukri: Fahri, Hafiza jumpa aku tadi. Dia kata dia tak mau maafkan hang.

Fahri: Hek eleh, kalau tak nak maaf sudah. Ada aku kisah. Hehe.

Syukri: Wey hang jangan buat lagu tu. Dia marah gila kowt tadi.

Fahri: Hehe, Marah ya? Haha,, Nanti lepas exam aku minta maaf lar. Kan aku duduk tepi dia..

Syukri: Hang brani ka? Puihhh!!

Fahri: Alah, setakat nak minta maaf, boleh ja kowt.

Syukri: Takpa, kita tunggu nanti. Aku cabar hang. Pastu kalau boleh, tolong mintak nombor fon dia sekali. Kata aku yang mintak. Hehe..

Fahri: Nombor fon ja? Apa lah sangat setakat nombor fon.

Syukri: Hang jangan dok sembang kemaih sangat. Sembang ngan pompuan pun hang tak berani..kehkeh.

Fahri: Hang tengok lar nanti.





***




Hari terakhir peperiksaan PMR, kertas terakhir iaitu kertas subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Fahri khusyuk menjawab kesemua 60 soalan objektif dalam kertas tersebut. Setelah menjawab, 2-3 kali dia menyemak semula kesemua jawapan. Setelah yakin, baharulah, dia akan meletakkan pensel, dan cuba membelek-belek semula soalan. Tiba-tiba, dalam suasana mindanya yang ligat berfikir, dia teringat akan janjinya kepada Syukri 3 minggu yang lepas. Dia perlu meminta maaf daripada Hafiza. Lalu timbul rasa berani bercampur takut mahu meminta maaf dalam dirinya.


‘Masa Menjawab telah tamat! Semua calon boleh berhenti menjawab. Kertas peperiksaan akan dikutip oleh pengawas peperiksaan.’ Kata ketua pengawas peperiksaan. ‘Hoorrayyyy!!’ jerit semua pelajar, tanda merdeka, bebas buat sementara daripada belajar. Dalam kegamatan itu, Fahri cuba menoleh ke kanan. Dia melihat Hafiza dan secara tidak sengaja Hafiza juga menoleh ke arahnya. Bertemu mata dengan mata. Fahri menarik balik pandangannya. Bergelatar tangan kakinya. Seperti baru melihat bidadari. Sememangnya, Hafiza itu seorang yang cantik wajahnya dan juga peribadinya. Fahri berbisik di hatinya, ‘kenapalah tak terkeluar pulak suara aku tadi? Aduhh!!’. Sekali lagi Fahri tekad mahu meminta maaf, dia toleh buat kali kedua. Dan ketika itu…………….. Hafizah sudah pun bangun dari tempat duduknya, lalu keluar dewan menuju ke kelas. Hancur harapan Fahri.


Namun, Fahri masih nekad mahu meminta maaf. Dia segera bergegas ke kelas 3B. Kali ini dia betul-betul mahu minta maaf, tiada apa boleh menghalangnya dan dia tidak akan segan silu lagi. Sampai sahaja di muka pintu kelas 3B, dinampaknya, Hafiza sedang menyusun buku-bukunya di rak buku bahagian belakang kelas. Terus dia meluru menuju gadis tersebur.



Fahri: Hafiza..

Hafiza: Ya..

Fahri: A… Aku.. Aku.. aku minta maaf sebab kata hang ahli sihir.. Sorry ya!(dengan gementar)

Hafiza: Owhh, Ok(Keadaan terkejut)

Fahri: Lepas tu… Syukrimintanomborfonhang. Ikutlarnakbagiketak!(cakap dengan laju kerana semakin gementar)

Hafiza:….(mengangguk-angguk seperti faham, padahal tidak faham pun sebab terlalu laju)


Fahri terus bergerak pulang ke kelasnya yang bersebelahan dengan kelas Hafiza. Rasa takut dan gementarnya tadi kian hilang. Lega rasanya apabila sudah meminta maaf. Selepas pulang ke bilik, Fahri menceritakan semuanya kepada Syukri. Apabila diingatkan semula, Fahri dan Syukri akan ketawa terbahak-bahak kerana babak itu sangat lucu. Mahu minta maaf tapi takut dan malu, akhirnya jadi begitu.





***




Suatu hari, selepas PMR, hari itu para pelajar tingkatan 3 diminta untuk menghantar buku teks sekolah. Fahri bersama-sama rakan sekelasnya sibuk mengemas dan menyusun buku untuk diangkut ke Bilik SPBT. Tiba-tiba, muncul seorang pelajar perempuan bernama Farhani memanggil Fahri.


Farhani: Fahri, sini jap.

Fahri: Ehh, panggil aku ka?

Farhani: Ya, hang lar, sapa lagi.

Fahri: Awat ada apa?

Farhani: Hafiza nak jumpa.

Fahri: Nak jumpa? Dia marah lagi?

Farhani: Entah lar.. Jumpa nanti Tanya lar sendiri.

Fahri: Ok.. Sebelum tu, tlong gtaw Hafiza, Syukri mintak nombor fon dia.

Farhani: Owh, ok..

Fahri: Dia nak jumpa kat mana?

Farhani: Kami tunggu kat terowong.

Fahri: Ok, nanti aku pi. Ni nak angkat buku sat.

Farhani: Takpa, kami pun dok angkat buku jugak. Jumpa kat terowong ok..

Fahri: Ok..



Sebaik sehaja habis mengangkat buku, Fahri terus pergi ke terowong yang dijanjikan. Sampai di situ, Fahri dapati Farhani dan Hafiza sudah pun menunggu.


Fahri: Sorry ya lambat. Angkat buku tadi.

Hafiza: Takpa, kami pun baru ja sampai.

Fahri: So, ada apa nak jumpa ni?

Hafiza: Kenapa panggil aku ahli sihir?!(nada tegas, muka merah)

Fahri: Kan hari tu dah minta maaf.

Hafiza: Memang lar, tapi nak tau jugak kenapa.

Fahri: Hehe, better hang tak payah taw. Kang tak pasal aku kena minta maaf sekali lagi.

Hafiza: Huh?

Fahri: Gini lar.. Jadi kawan k? Sekali lagi aku minta maaf. Janji tak kata dah. Ok?

Hafiza: Hurmmm.. Ok lar..

Fahri segera beredar dari tempat perjumpaan tersebut..




***




Semenjak daripada perjumpaan itu, Fahri dan Hafiza semakin akrab. Daripada mengata berubah menjadi cinta.. Ehh x!! Dorang tak becinta pun. Cuma tak bergaduh lar dan jadi kawan. Sampai sekarang.. ;)



Moral: Allah ta”ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : ” Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya “. Firman Allah lagi yang bermaksud : ” Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah “