Monday, December 15, 2014

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1



Pada semester satu tahun satu ijazah kat ipg, aku kena lalui satu program yang dinamakan pbs *sila tengok tajuk maksud dya… pbs ni bertujuan untuk bg aku sebagai guru pelatih untuk mengalami alam perguruan dengan suasana sekolah yang real. So, memang kena g sekolah lar dan sekolah yang aku pilih ialah sekolah rendah lama aku, Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah. Sebab aku pilih sekolah ni ialah:



1. Dekat dengan rumah aku.


2. Aku kenal majority guru kat sekolah tu, klaw yang aku tak kenal tu, mostly dorang kenal mak aku.


3. Aku nak jumpa seorang guru yang jadi idola aku, januari taun depan dya dah nak pencen.


4. Aku nak tahu siapa pengganti aku dalam lompat tinggi kat sekolah, kalaw boleh aku nak train budak tu.




Antara pengalaman yang aku hadapi dalam pbs fasa 1 ni ialah:


1. Dapat ber’jejak kasih’ dengan cikgu2 lama aku.


2. Dapat kenal 2 org guru pelatih perempuan dari ipg darul aman yg kebetulan buat praktikum kat situ.


3. Cikgu2 banyak berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka sebagai pendidik.


4. Dapat masuk kelas tahun 2,3,4,5 dan 6..*tahun satu aku tak berani nak masuk, budak2 kecik sangat n takut susah nak handle.


5. Cikgu2 asyik tanya pasal kahwin.*annoying kowt..


6. Murid-murid asyik tanya soalan pelik.*lagi annoying..





7. Dapat menyaksikan secara live pertandingan bola baling peringkat pkg simpang empat.*kebetulan sekolah aku jadi tuan rumah..





8. Ada makcik ingat aku cina.. T.T


9. Diberi peluang untuk bagi motivasi kepada pelajar tahun 6.*aku sendiri kurang motivasi…heee


10. Belajar cara nak buat trek balapan dengan cikgu Rosli.*dari segi teori ja..


11. Dapat kenal sikap guru-guru.


12. Dapat kenal sikap murid-murid.


13. Tahu bahawa, rekod lompat tinggi aku belum dipecahkan. Heee..


14. Teringat zaman sekolah rendah dulu.*saya budak buas.. -..-


15. Dapat belajar Bahasa Arab A’mi mesir dengan seorang ustazah. Besttt…


16. Kenal sedikit sebanyak tentang KSSR.


17. Dapat join satu mesyuarat sekolah.*tegang gila kowt suasana dalam mesyuarat tu..


18. Jumpa pemilik blog KemKandai.*cikgu sekolah aku rupanya..baru kenal..





Dulu, cikgu mcam mak ayah, sekarang dah macam kawan..kawan yang sangat dihormati. So, my mission to be there accomplished. Alhamdulillah..




Jane…



No comments:

Post a Comment