Satu hari di majlis hi-tea Inter
Faith Gathering di sebuah restoran mamak..
Missionary : Mengapa orang Islam,
dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat
Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam
sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam
Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab
…. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan
telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab
panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….
Missionary : Mengapa tersenyum ?
Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm … perlukah saya
menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan
?
Pendakwah : Bukan itu maksud
saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang
awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.
Missionary : Mengapa awak caka
begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak
bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium
handphone tu sambil cakap “I love you mom” …
Missionary : Saya bukan cakap
seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.
Pendakwah : Mana ada emak awak.
Saya tak nampak pun emak awak.
Missionary : Emak saya di Penang.
Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara
Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak
fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok
handphone awak ?
Missionary menghulurkan N95nya
kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek
N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil
mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan
sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..
Merah padam muka Missionary
menahan marah.
Pendakwah merenung muka
Missionary sambil tersenyum ….
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya
tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam
handphone.
Missionary : MENGAPA AWAK NI
BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh
menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil
tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap
Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah
atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena
menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
Begitu juga dengan awak dan
telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan
bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan
peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor
awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh
berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya,
mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit
untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang
masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai
jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……
No comments:
Post a Comment