Thursday, January 9, 2014

Happy Birthday Alisya Amanda..


Bismillah..


Alhamdulillah, hari ini yang bertarikh 09.01.2014 bersamaan hari Khamis, sudah genap 3 tahun umur Alisya or her nickname ‘Kakak’ sebab dia anak sulung, so panggil kakak. Lagi satu, sebab nak biasakan diri dia dengan panggilan tu kalau dia dah dapat adik nanti, in sha Allah.. wait2, Alisya Amanda ni sapa? Anak aku ka?? Hehe,, memang tak lar.. aku tak nikah lagi.. 

Ada gaya ustazah kan?hehe..Ni la Alisya Amanda..


Alisya ni anak saudara aku. Dia panggil aku as ‘Angah’ and panggil adik aku as ‘ Achik’. Oleh sebab mak dia, kakak aku, anak sulung, so, dia takda ‘Along’ lar, but kekadang dia suka panggil mama dia ‘Along’, haha, bertuah punya budak..


Ingat lagi time dia baru lahir. Pada 09.01.2011, time tu hari Sabtu kalau tak silap aku, aku form 5. Hari Sabtu biasa la budak asrama, kena balik sekolah. Kebetulan, hari tu jugak lah Alisya dilahirkan, di hospital yang berdekatan dengan sekolah aku, Hospital Yan. So, time awal2 kelahiran tu aku tak sempat tengok, 2 minggu selepas tu baru aku dapat tengok.


Time masih bayi, muka Alisya ni macam orang jepun, seriously tak tipu. Lepas dia makin membesaq sikit, muka ke-jepun-an tu makin hilang, dan terserlah kemelayuannya. Dia ni susah sikit kalau nak bawak berjalan-jalan masa kecik, terutama perjalanan jarak jauh, mesti dia akan nangis. But, kalau bawak dia pi sekolah aku atau mana-mana tempat yang berada di daerah Yan, Kedah, mesti dia tak nangis. Something weird there..


Dulu aku tak rapat sangat dengan dia sebab aku duduk asrama, so jarang jumpa. Dia pun macam ingat tak ingat ja kat aku sebab kekadang ja nampak aku. Tapi selepas aku SPM, dia dah mula ingat aku. And she started to call me as ‘Angah’..


Alisya ni seorang budak yang cepat boleh dalam banyak perkara. Tak sampai setahun dah boleh berjalan, tak sampai 3 tahun dah boleh bercakap dengan lancar, Cuma kadang2 ada certain2 word yang dia sebut kurang fasih, tak sampai 3 tahun dah pandai main tablet and many else.



Oleh sebab ayahnya orang KL, kadang2, Alisya akan bercakap slang KEYEL, walaupun tak pernah ada orang yang ajar.


By the way, hari ini ulang tahun kelahiran dia mengikut tahun Miladi, sorry lar Kakak, angah tak boleh balik atau bagi hadiah kat kakak sebab angah dok di Terengganu lagi ni.


Tapi takpa, pagi tadi, sebelum pi kelas lagi aku dah wish kat dia, mintak2 mama dia beli gerek(basikal) baru kat dia.


Moga jadi seorang puteri yang solehah ya Alisya, jangan nakal2 and nangis2 lagi..miss u so much.. ;)

No comments:

Post a Comment