Wednesday, January 15, 2014

Qiblat Pertama..



Masjid Al-Aqso atau Baitul Maqaddas, kiblat pertama orang Islam, tempat paling suci ketiga di sisi Islam telah dibina pada pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab apabila Al-Quds/Jerusalem jatuh di tangan orang Islam pada tahun 638M.



Pada pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan antara tahun 687-691M, sebuah masjid telah didirikan di atas sebuah bongkah batu berukuran 56 kaki panjang dan 42 kaki lebar dan dikenali sebagai Qubah As-Sakhrah/Dome of The Rock/Kubah Batu. Bongkah batu tersebut terletak tengah-tengah ruang bangunan dan terdapat ruang solat di sekeliling Qubah As-Sakhrah yang berbentuk heksagon itu. Terdapat sebuah gua di dalam batu tersebut yang dikatakan 'terbentuk' semasa peristiwa Rasulullah mikraj ke langit. Kubahnya pula disadur emas tulen manakala bahagian dalam dan luarnya dipengaruhi seni bina Byzantine/Romania.



Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media mahupun internet, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengelirukan orang ramai akan kiblat pertama orang Islam tersebut di mana ianya adalah perancangan Israel.

Meskipun begitu, Qubah As-Sakhrah ini bukanlah tempat suci kaum Yahudi mahupun Kristian sebaliknya adalah tempat suci orang Islam. Mengikut sejarah, dikatakan Qubah As-Sakhrah ini adalah tempat di mana Rasulullah berdiri sebelum mikraj/diangkat ke langit pada peristiwa Israk dan Mikraj. Namun begitu, tiada dalil yang sohih mengatakan batu ini terapung kerana cuba mengikuti Rasulullah mikraj ke langit.





Beberapa tahun kemudian pada tahun 709-715M, Khalifah Al-Walid anak kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah membina semula, mengubahsuai dan meluaskan Masjid Al-Aqso yang terletak di selatan Qubah As-Sakhrah yang jarak antara kedua-duanya hanyalah kurang daripada 200 meter.

Sejak itu Masjid Al-Aqso telah beberapa kali diubahsuai selepas dirosakkan oleh beberapa gempa bumi. Pengubahsuaian terakhir masjid adalah selepas gempa bumi pada tahun 1936M. Namun begitu, struktur binaannya tetap sama seperti yang ada pada hari ini. Beberapa kerosakan juga terjadi disebabkan oleh kerja-kerja arkeologi yang dijalankan oleh Israel di bawah binaan Masjid Al-Aqso.

Menurut Kitab Ibrani Kuno/Hebrew Bible/Old Testament, mereka mendakwa di bawah sana terdapat sebuah kuil suci yang dikenali sebagai Solomon's Temple/Haikal Sulaiman dibina oleh King Solomon sebagai penyembahan kepada Yahweh, tuhan kaum Yahudi dan menempatkan sebuah Tabut Perjanjian/Ark of the Covenant. Namun begitu, masih tiada bukti arkeologi yang membuktikan akan kewujudan Solomon's Temple tersebut hingga ke hari ini.





#CatatanPermusafiranMuhammadArifFahmiHussain..



No comments:

Post a Comment