Bismillah..
Dear
Tomorrow,,
Apa
tu berilmu, beriman dan beramal?? Macam moto sekolah ja? Memang pun. Tu lah
moto Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah, sekolah lame kawe.
Nok
kabo skit ke mu, kolah ni adalah skolah rendah yang paling best bagi aku antara
3 buah sekolah rendah yang pernah aku pi dulu. Walaupun aku masuk sekolah ni
time darjah 3, tapi, tak sampai sebulan aku dah dapat sesuaikan diri dengan
sekolah tu. Sebabnya, aku dah kenal sekolah tu semenjak aku tadika lagi. Pernah
ja aku ikut akak aku pi kelas ngaji petang(kelas KAFA) kat situ. Cikgu-cikgu
pun ramai yang aku kenal. Mana taknya, kebanyakan cikgu situ kawan mak aku. So,
memang kenal sangat.
Time
darjah 3, aku memang seorang yang nakal tahap hyper, pemalas buat homework
tahap mega dan asyik nak main tahap tera*masuk habih
istilah fizik, maklumlar, nak gambarkan betapa begitunya aku..hehe ,,
pernah sekali tu, ada seorang ustazah tu bagitau kat mama aku, aku ni lembap,
lambat faham dan menulis pun lambat. Tapi, mama aku chillax jer. Sebab mama dah
tau aku ni macam mana. Apa kelebihan dan kelemahan aku semua mama dah
tau..huhu,, aku time tu memang suka main, so aku banyak tumpu dalam sukan. Aku
johan lompat tinggi dan mula mewakili sekolah semasa baru darjah 3. Pastu,
hujung tahun 2009, kampung aku dilanda banjir. Aku kena demam campak teruk.
Sebulan tak pi sekolah. Terbaek rrr!!
Time
darjah 4, aku masih sama macam semasa darjah 3, but taun ni ada penambahan
sikit. Aku dilantik sebagai ketua kelas. What the heck!! Ketua kelas??!! Macam
lar aku ni qajen sangat nak wat keja tu. Tapi, dah orang bagi amanah, aku pun
go on jer lar.. taun tu, aku jugak masih bergiat dalam sukan dan malas dalam
study. Aku masih dapat johan sekolah dalam lompat tinggi, tapi taun ni aku
mengorak langkah ke tahap seterusnya. Lepas wakil sekolah ke peringkat daerah,
aku dapat tempat ketiga, then dapat wakil negeri. Taun tu, memang aku jarang
masuk kelas. Huhu, serius best!!
Time
darjah 5, aku masih sama macam tahun sebelumnya, but ada beberapa perubahan.
Aku dilantik menjadi pengawas sekolah. Cannot Go!!(x bley blah).. aku nak jadi
gengster, cikgu bagi aku jadi pengawas. Something wrong there… hurmmm,,pengawas
pun pengawas laaa,,orang bagi amanah, aku buat ja lar. Lagipun, akak aku dulu
pun pengawas gak. Macam tak da masalah ja jadi pengawas. Dalam sukan ada juga
sedikit perubahan. Aku gagal dapat johan lompat tinggi sekolah, tapi, atas
dasar pengalaman, cikgu sukan tu pilih aku untuk wakil sekolah. Lepas wakil
sekolah, macam taun lepas gak, aku tetap dengan tempat ketiga daerah, then
dapat wakil negeri.
Gambar semasa lawatan
pengawas ke perak. Time ni kat Aquaria Perak. Aku baru darjah 5..
Time
aku darjah 6, aku sudah berubah. Aku yang dulu bukan yang sekarang. Aku berubah
360 darjah. Taun tu aku nak ambik UPSR, so aku kena seimbangkan sukan dengan
study. Pastu, aku dilantik jadi ketua pengawas. Aku jadi ketua pengawas!!
Impossible but real.. macam ayat aku sebelum2 ni gak, dah orang bagi amanah, aku
laksanakan jer lar. Taun tu, aku tak pernah bawak balik homework ke rumah.
Bukan sebab aku tak buat, tapi, aku dah siapkan kat sekolah lagi. Sepanjang
taun tu memang homework bereh sokmo. Dalam sukan, aku dapat johan lompat
tinggi, pastu aku jugak pecah rekod sekolah dalam sukan tu. Yang best skali aku
dinobatkan olahragawan sekolah. Huhu,, terharu gila time tu, aku bukannya terer
sangat pun. Aku dok target kawan aku sorang gi tu yang dapat. Tengok2 aku,
tiba2 ja..pelik2,, aku jugak wakil sekolah taun tu, tapi, aku tak bernasib
baik, hanya sekadar berpuas hati di tempat keempat sja.. mungkin ada
hikmahnya.. taun tu jugak aku sering diserang demam panas dan beberapa penyakit
kulit. Dekat sebulan gak aku tak masuk kelas. Memang banyak aku ketinggalan
dalam pelajaran. Nasib baik aku dapat skim baucar tuisyen selain tuisyen
anjuran pihak sekolah. Yang tu lar dok tolong aku catch up balik subjek yang
aku ketinggalan. Trial UPSR- aku dapat 1A ja kowt. So, aku tak termasuk dalam
golongan bijak pandai yang ditarget oleh cikgu2 untuk dapat cemerlang. Memang
psyco time tu. Lepas trial tu nak kata aku pulun tu tak sangat, besa2 ja. Kat
sekolah memang aku study, balik rumah study tu tak pernah ada dalam kamus hidup
aku*Hehe,,nampak kemalasan di situ. Allah tu
memang Maha Pemurah, aku yang dulunya lembap, malas, nakal dan sebagainya telah
mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. So, weird… cikgu2 suma pakat pelik.
Mama aku siap tak mai sekolah terus time hari result UPSR keluar tu, sebab dia
tak target pun aku dapat elok. Huhu,, darjah 6 memang best.
Walaupun
aku hanya berada di situ selama 4 tahun, tapi, di situ lah banyaknya kenangan
indah. Aku kenal erti sahabat. Terima kasih juga cikgu2 yang ajaq aku dulu. In
sha Allah, nanti PBS(Pengalaman Berasaskan Sekolah) aku nak p buat kat Darul
Hikmah…hehe,,see you there..
Haa,,
gambaq ni lah yang paling latest. Gambaq time raya Aidilfitri 2012 kat rumah
Cikgu Rosli(cikgu math) n kawan kami Hanum(anak Cikgu Rosli). Ni reunion kedua,
Reunion pertama aku tak dapat hadir sebab ada interview. So, yang ni ja aku
dapat join. Reunion selepas 5 tahun aku tak contact n tak jumpa depa ni.
Sebenarnya, secara tak sengaja, dalam reunion ni, semua x-excellent student
ada. Hope see you all again someday…
~pertemuan
dan perpisahan adalah lumrah takdir Allah,, miss them so much…
No comments:
Post a Comment