Monday, December 9, 2013

Saat Aku Dikebumikan..

Tajuk entry aku kali ni agak pelik. ‘Saatku Dikebumikan’??!! Aku ni dah mati ka? Jawapannya, memang aku belum mati lagi, tapi dengan izin-Nya aku berasa seperti telah mati.



Aku bangun dari tidur dengan jantung yang berdegup kencang, dadaku seperti sahaja hendak pecah ketika itu dan peluh membasahi seluruh tubuh badanku walhal pada saat itu pagi yang hening dan dingin. Bibirku tak henti-henti beristighfar, bertahmid, bertahlil, bertahmid dan bersyahadah ke hadrat Ilahi. Aku baru sahaja berasa seperti terselamat daripada mimpi diazab dalam kubur yang memedihkan. Mimpi ngeri yang penuh kengerian.

Saat mimpiku~

Aku bersama seorang lelaki yang tidak dikenali sedang bersedia untuk dikebumikan. Lelaki tersebut memakai pakaian yang agak pelik seperti kostum pun ada manakala aku memakai pakaian yang aku pakai ketika tidur iaitu baju yang berwarna biru muda dan seluar panjang berwarna hitam. Mungkin lelaki dalam mimpi aku tidak masuk akal, tetapi bukan yang itu yang aku ingin highlightkan di sini, tetapi yang ingin kunyatakan perasaanku saat itu.

Belum pun jasadku yang lumpuh mati terlentang di dasar liang lahad dikambus tanah, lelaki tadi mengatakan supaya aku bersedia untuk dikambus tanah. Segala doa kubaca sesempat yang mungkin, lalu ku bersedia untuk berbaring di atas tanah yang berwarna merah. Tika saatku berbaring itu datanglah satu suara keras, ‘Bersedialah kamu, wahai Fahmi!! Jawablah akan kamu nanti siapakah tuhan kamu!!’, jeritnya deras. Berdentum jantungku mendengar suara guruh itu, lalu ku jawab bahawa tuhanku Allah. Suara itu kembali bertanya ‘ Adakah kamu yakin!! Tiada tuhan lain yang kamu sembah di dunia??’. Soalan ini membuatkan aku menjadi takut. Takut setakut- takutnya. Kerana saat di dunia aku banyak mengutamakan urusan dunia daripada suruhan Allah. Ini bermakna aku menyembah dunia dahulu kemudian Allah. Astaghfirullahhh!!!! Bersedialah kamu saat wida’(perpisahan) kamu sudah tiba, bersedialah!! Saat itu, aku hanya membayangkan aku diseksa oleh malaikat di dalam kubur. Sekali dipukul, luruh kulit serta ini badanku disertai jeritanku yang tidak dapat didengar oleh manusia yang masih hidup. Allahuakbar!!!!


Dengan kepedihan azab itu aku terbangun dari tidurku. Air mata membasahi pipiku. Aku bersyukur sangat-sangat sebab aku masih hidup dan itu hanya mimpi semata-mata. Mungkin Allah ingin ingatkan aku yang selalu leka dan alpa terhadap-Nya. Allahh….


No comments:

Post a Comment