Peringatan buat diriku yang leka..
Di dunia, kalau yang sentiasa berjalan itu adalah masa, sesaat
pun ia tidak pernah akan berhenti dengan izin Penciptanya. Seharusnya, aku
sebagai manusia tidak harus membuang masa, leka serta alpa dengan kesibukan
duniawi kerana harus aku tahu bahawa dunia ini hanya sementara. Dalam diriku,
perlu dibisikkan pada hati, “apa yang ku tanam di dunia ini, bakal ku tuai di
akhirat”.
Dengan adanya
peringatan itu dalam hati, in sya Allah, tak akan kupersia-siakan apa yang
dikatakan itu sebagai masa. Namun, godaan syaitan yang lemah itu sentiasa
kuiyakan. Maka terkadang itu jadilah aku orang yang rugi. Ternyata firman Allah
itu benar:
والعصر، إن الإنسان لفي الخسر.
Demi masa, sesungguhnya manusia di
dalam kerugian.(al-‘asr:1-2)
Sememangnya apa
kesibukanku di dunia ini? Terkadang ku terfikir. Kurasakan, bukan kusibukkan
banyak masa itu dengan melakukan perbuatan yang baik, akan tetapi sebaliknya.
Aduhhhhh.. bagaimanakah nasibku di akhirat kelak?! Ternyata hidupku sebegini
disibukkan dengan banyak perkara. Maka benarlah firman Allah SWT:
ألهكم التكاثر.
Bermegah-megahan telah melalaikan
kamu.(at-takasur:1)
Namun, kadang-kadang itu, aku merasakan bahawa masa itu tidak
cukup setimpal dengan apa yang aku ingin lakukan. Ternyata perasaanku itu
benar. Mana taknya, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir, Hassan al-Banna pun
berkata begitu. Seperti katanya
الواجبات كثير من الأوقات
Kewajipan itu lebih banyak daripada
masa.
Dengan itu,
sememangnya tidak dapat kuubah hakikat dunia ini yang kewajipannya banyak dan
melangkaui jumlah masa yang ada untuk menyempurnakan kesemuanya. Justeru, aku
sebagai manusia yang sihat akalnya; sesungguhnya akal yang sihat itu juga
wahyu, harus bijak membahagikan waktu. Seperti kata hikam ini:
الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك
Masa itu seperti pedang, sekiranya
kamu tidak memotongnya, nescaya ia akan memotong kamu.
Selain itu, harusku
ingat bahawa sekiranya kuingin mewakafkan diriku di jalan Allah, maka hendaklah
bagiku untuk menghabiskan masaku dengan menuntut ilmu yang semuanya
bersumberkan kalam Allah serta ciptaan-Nya. Jangan sampai suatu saat nanti, aku
pula dicela masa kerana tidak memanfaatkannya tika aku memilikinya. Seperti pepatah
Perancis:
Tempos edax, home edacior!
Masa itu kejam, tetapi manusia
lebih kejam!
Apabila berbicara
tentang masa, kita sekarang berada pada zaman Umat Nabi Muhammad level 4 iaitu
zaman kerajaan yang menyombong…..
Teguran buat diriku,
hamba yang lemah.
No comments:
Post a Comment