Monday, December 9, 2013

Cerita Mama Tentang Abah #1



Dulu masa Abah masih sekolah rendah Kat Sekolah Kebangsaan Muhamad Saman, sekolah lama aku, Abah pernah kena tindakan disiplin. Sebenarnya, Abah x buat salah apa pun. Abah sendiri hairan sebab apa dia kena tindakan disiplin. Sampailah guru besar sekolah bawa Abah pergi ke rumah Opah. Opah memang terkejut besar time tu sebab tengok Abah balik dengan guru besar. Opah ingat Abah ada buat salah kat sekolah. Apabila sampai ke rumah Opah pun menyambut guru besar dengan hati yang ragu-ragu.



Guru besar : Assalamualaikum.

Opah : Waalaikumsalam. Ehh! Guru besar rupanya. Masuklah! Sila..

Abah: Mak, guru besar ada hal nak bincang dengan mak.

Opah : Bincang apa?

Abah: Entah, Mi(nama panggilan abah) pun x tahu.

Guru besar: Hurmmm, Puan, sebenarnya, tujuan saya datang ke sini hendak beritahu bahawa anak   puan, Azmi ada buat satu kesalahan disiplin di sekolah.

Opah: Ohh! Ya ka?! Apa si Azmi ni dah buat, cikgu? Bagitahu saya! Nanti siap lar dia!

Guru besar: Hurmmm,, Kesalahan dia ialah ‘mewarna rambut’. Tengoklah rambut anak puan, perang .sangat. Kalau ikut peraturan sekolah, mewarnai rambut ni satu kesalahan yang besar ni puan. So, saya harap puan boleh uruskan hal anak puan ni.

Opah: Haaaahhhh!!! Warna rambut??!! Hurmm, Saya rasa, cikgu ni dah salah faham. Rambut anak saya ni memang dari kecil lagi berwarna perang. Memang x bolah nak ubah lah yang tu, cikgu. Azmi ni anak angkat kami yang ketiga sebenarnya. Sebab tu lah kalau cikgu perasan, warna kulit si Azmi ni putih dan x macam saya dan suami yang berkulit gelap. Azmi ni kacukan darah cina dan mamak. Tapi, genetik cinanya tu lebih. Sebab tu lah muka dia agak seperti orang cina dan berambut perang.

Guru besar: Ohh!! Jadi, saya ni dah salah lah ni. Hurmmm, saya minta maaf banyak-banyak puan. Saya tak tahu pulak kalau rambut Azmi ni memang perang. Saya ingat dia dyekan rambut. Nasib baik saya belum denda dia lagi.

Opah: Ohh!!x mengapa cikgu. Sekurang-kurangnya, saya tahu cikgu beri perhatian terhadap anak saya. Terima kasih cikgu. Kalau si Azmi ni nakal-nakal kat sekolah, rotan ja cikgu! Saya x kisah.

Guru besar: Sama-sama. Ok, Baiklah.





~Allahyarham, Azmi Bin Abdul Aziz(12.10.1973-30.05.2005) al-Fatihah…….

No comments:

Post a Comment