Bismillah..
Apabila aku cuti sem, automatik akan ada
kenduri-kenduri kahwin dalam jadual harian aku. Memang pack. Banyak sangat
kenduri. Kadang-kadang, sampai 4 buah kenduri dalam satu hari. Memang penat
kalau nak pi kesemuanya. So, aku pi yang mampu ja lar.
Apabila tengok para pengantin yang bernikah, aku
rasa seronok ja tengok depa. Sweet2 gitu.
Tapi, aku tak rasa pown nak menikah. Sebab apa?
Sebab aku muda lagi…
Pernah suatu hari, ada seorang perempuan
pertengahan umur iaitu nenek saudaraku(Tok Tam) datang ke rumah ku. Saat itu,
aku sedang tekun membaca novel karangan Habiburrahman El Shirazy, seorang
novelis Indonesia yang terkenal sambil berbaring di atas sebuah kerusi kayu
panjang di hadapan rumahku sementara ibu(mama) dan nenekku(tok) sedang berborak
di samping aku. Maka berlakulah perbualan di antara kami*dalam loghat kedah….
Tok Tam: assalamualaikum.
Aku,mama dan tok : waalaikumsalam(serentak)
Tok tam: apa kabaq? Lama tak jumpa(sambil
menghulurkan tangan ke arah tok dan kemudiannya mama untuk bersalaman.)
Tok: alhamdulillah, baik.
Tok tam: Faizah(mama), ni anak hang ka? Besaq dah
noh. Boleh bagi nikah dah ni.
Mama: haish!! Mak tam ni. Dia dok mengaji lagi la
ni.
Tok: tu lar ngaji x abih lagi.
Tok tam: owh ya ka? Ingatkan qeja pi dah. Ngaji di
mana?
Mama: Terengganu.
Tok tam: kusza ka?(kusza nama lama unisza)
Mama: dok aih. Maktab perguruan.
Tok tam: owh, bakal cikgu la ni. Hurmmm,, baguih
lar cek oi. Pulun la mengaji dulu. Bab nikah2 ni biaq p dulu. Tak payah dok
pikiaq2 g. bagi ada qeja dulu nanti nikah. Senang!
Tok: tu la dia muda lagi. Baru 19 taun.
Tok tam: beqapa taun dah ngaji sana?
Aku: baqu setaun sengah. Ada 4 taun g.
Tok tam: hurmm, baguih lar. tak payah dok pikiaq
pasai nikah lagi naih. Ngaji dulu.
Aku: beres boss!!(dalam hati, aku juz senyum time
tu tanda ya!)
So, for me, I am still young to think about my
future wife. Seadanya dia dengan seadanya aku.
Apa perlu
bimbang jodoh itu telah pun Allah tetapkan, Cuma buat masa sekarang ia(jodoh)
masih di alam ghaib. In sha Allah, sampai masanya, Allah akan tunjukkan.
Terimalah sebuah syair buat bidadariku.
Bidadariku,
Namamu tak terukir,
Dalam catatan harianku,
Asal usulmu tak hadir,
Dalam dikusi kehidupanku,
Wajah wujudmu tak terlukis,
Dalam sketsa mimpi-mimpiku,
Indah suaramu tak terakam,
Dalam pita batinku,
Namun kau hidup mengaliri,
Pori-pori cinta dan semangatku,
Sebab,
Kau adalah hadiah agung,
Dari tuhan,
Untukku,
Bidadariku.
ececece . banyak taman nohh .
ReplyDelete