Terimalah sebuah puisi nukilan jiwaku bertajuk ‘Ternyata’…
Ternyata,
5 tahun itu bukannya lama,
Di samping banjaran Jerai,
Ku gali harta di medan ilmu,
Kalau boleh ingin saja aku kekal di sana,
Bersama teman-teman kenakalan.
Ternyata,
Hari ini aku rindu,
Saat 5 tahun yang telah aku lalu,
Masih segar terdengar saat loceng asrama
berdering,
Masih memanggil-manggil suara sang pengawas,
Masih terngiang-ngiang suara deras warden,
Itulah semua masa lalu yang aku rindu.
Ternyata,
Apa yang aku pernah kata dahulu tidak seperti sekarang,
Kalau boleh ingin sahaja aku tinggalkan tempat
itu,
Setelah ragu dan nafsu menghantuiku,
Namun, semua itu aku abaikan,
Demi kebaikan masa depan yang dijanjikan,
Aku terus hidup gembira di situ.
Ternyata,
Apa yang pernah sahabatku katakan dulu itu
benar,
Kalau tiada pernah masalah kutimbulkan,
Maka tidak bermaknalah saatku di sana dalam
kenangan,
Aku pegang kata-kata itu,
Sememangnya hari ini,
Masalah yang kutimbulkan dahulu menjadi
kenangan manis dalam hidupku.
Ternyata,
Kata-kata asaatiz dulu memang benar,
Tika di sana aku berasa terseksa,
Namun setelah aku keluar dari tempat itu,
Sedih pula yang bakal ku rasa,
Kerana setelah ikatan persahabatan terbina,
Rasa ingin bersama sahaja tika hendak ke
mana-mana.
Ternyata,
Ramai rakan-rakanku pernah mencuba cinta di
sana,
Entah bagaimana aku pun tak tahu rasanya,
Walaupun kutahu ia indah bahagia,
Namun apa guna bahagia yang kucari mengundang
murka Pencipta,
Biarlah bukan di sana,
Saatku bertemu cinta,
Kerana cita-cita lebih penting daripada cinta.
Ternyata,
Aku rindu warga tempat itu,
Warga SMK Agama Yan,
Keluarga kedua bagiku…
Lagu orientasi yang dahulunya sekadar lagu bagiku, saat ini
menjadi pengubat rindu…
Ahli kamar B3,2008, amat meriah!! rindu ampa suma!!
Pelajar kelas 3 Hasanah,2009.
Kem Jerai, lepas PMR, 2009…
Hari guru bersama persatuan alumni SMKA Yan, 2012
Hari raya Aidilfitri bersama rakan-rakan SMKA Yan,2013.
No comments:
Post a Comment