Sunday, December 1, 2013

Kerja Sambilanku..



Kisah Si Pemandu Di Raja..

Setelah pulang dari beberapa siri pelayaran di Negeri Taring Anu, seorang laki-laki yang merupakan anak kampung bernama Fahmi, telah diperintahkan menghadap Permaisuri Faizah yang sudah kematian raja kecintaannya, Raja Azmi. Fahmi dengan sukarela dan taatnya pergi ke istana menghadap permaisuri. Sesampainya Fahmi, lalu menghadap serta menyembah permaisuri istana. Seusai istiadat menghadap selesai sempurna, Permaisuri bertitah:

“ Wahai Fahmi yang budiman, walaupun beta ketahui bahawa tuan baru sahaja sampai pulang dari Negeri Taring Anu, akan tetapi, beta ingin menugaskan tuan hamba untuk melakukan satu tugas. Beta rasa, tuan hamba mampu melakukannya kerana tugas ini mudah. Mesti sedang berlegar-legar di benak hati sanubari tuan hamba, masakan beta menugaskan tuan hamba sedangkan tugas ini mudah? Tidak ada orang lainkah yang boleh melakukannya? Sesungguhnya, jawapannya memang tidak. Beta hanya percaya kepada diri tuan hamba seorang sahaja untuk melakukan tugas ini. Tugasnya ialah tuan hamba dilantik menjadi pemandu diraja. Tugas tuan hamba hanyalah menghantar dan menjemput puteri beta, Puteri Amiza yang perlu menghadiri urusan di daerah Pendang setiap hari selama sebulan.”

Lalu berkata Fahmi kepada Permaisuri Faizah:

“ Hamba hanya menjunjung perintah permaisuri raja.”

Sementelah itu, sepulangnya Fahmi ke tanah airnya, jadilah dia sebagai seorang pemandu diraja. Dia agak hairan, bukankah Puteri Amiza telah pun berumah tangga setelah menikah dengan Putera Hafiz dari daerah Kuala Nerang dan telah melahirkan seorang puteri yang bernama Puteri Alisya Amanda? Mengapa tidak Putera Hafiz sahaja yang menghantarnya? Soalan Si Pemandu itu terjawab apabila seorang pekerja istana memberitahunya akan hal yang sebenar. Sebenarnya, Putera Hafiz terpaksa pergi berurusan di luar negeri dan sudah lama tidak pulang-pulang. Oleh yang demikian, Puteri Amiza terpaksa pergi berurusan sendirian dan jikalau ada penemannya pun, daripada kalangan dayang-dayang istana. Mutakhir ini, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat urusan, Puteri Amiza sering diganggu oleh seorang laki-laki jalanan. Walaupun laki-laki jalanan tersebut telah maklum dengan keberadaan kedudukan Puteri Amiza yang telah bersuami dan beranak seorang, dia masih tetap mengganggu. Dengan itu, Permaisuri Faizah yang amat khuatir akan keselamatan puteri kesayangannya itu, melantik Fahmi sebagai pemandu diraja.
Setelah itu, Fahmi menghabiskan masa rehatnya sebelum menyambung pelayaran seterusnya dengan bekerja sebagai seorang pemandu puteri raja.

#pssstttt,, sebenarnya cerita ini adalah cerita betul, tapi aku adaptasikan ke dalam cerita pendek menggunakan bahasa Melayu klasik. Ekceli, ni cita aku time cuti sem. Kerja aku ialah hantar akak aku(Puteri Amiza), ke tempat kerja dia. Sebabnya? Sebab, ada lelaki yang selalu kacau dia. So, bila aku yang hantarkan, laki tu tak berani lar. Pastu, watak yang lain tu ialah terdiri daripada ahli keluarga aku iaitu, mama(Permaisuri Faizah), abah(Raja Azmi) dan anak saudara aku(Puteri Alisya Amanda).. mintak2 mak n akak aku tak baca lar entry ni,,hehe,, kalaw depa baca habih aku!!


Moral: wahai lelaki, bunga bukan sekuntum, takkan bini orang pun hang nak sapu!!hehe



*Kalau ada bahasa atau penggunaan istilah bahasa Melayu klasik yang salah sila tegur. Saya budak baru belajar.

No comments:

Post a Comment