Seorang
ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar bersama seekor kucing
kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana-mana sahaja ketua sami itu
pergi, kucing itu akan ikut bersama.
Namun,
keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya apabila ketua sami sedang
menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsentrasinya sering
terganggu apabila kucing kesayangannya itu menggesel-gesel dan mengelus-ngelus
di sisinya.
Seteleh
berfikir panjang mencari penyelesaian, akhirnya ketua sami mendapat suatu idea.
Setiap
kali dia melakukan penyembahan, dia mengikat kucing tersebut di sebatang tiang
di tepi kuil.
Begitulah
hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, ketua sami akan
mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama semasa upacara penyembahan.
Perlakuan ketua sami itu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya.
Beberapa
tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baharu pula
dilantik. Namun begitu, setiap kali ketua sami yang baharu hendak mengetuai
upacara penyembahan, belaiau akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang
sama juga.
Tidak
berapa lama selepas itu, kucing itu pula mati. Ironisnya, ketua yang sami yang
baru ini mencari kucing lain sebagai pengganti dan diikat juga pada tiang yang
sama setiap kali upacara penyembahan berhala diadakan.
Begitulah
rutin itu berlaku, tahun demi tahun. Kucing dan ketua sami datang dan pergi,
silih berganti. Akhirnya terciptalah satu ritual agama tersebut, setiap kali
ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari terlebih dahulu seekor
kucing untuk ditambat pada tiang kuil!
#pengajaran: sering
berlaku dalam mana-mana agama (termasuk Islam), amalan ritual dengan nilai
spiritual telah terlindung oleh sikap taklid secara membuta-tuli. Penganut di
belakang hari kerap menjadi “pak turut” tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan
tersebut. Tanpa disedari, agama bertukar menjadi budaya
dan syariat dianggap adat.
No comments:
Post a Comment