Irish Republic atau Republik Ireland telah dilanda
kebuluran yang dahsyat dan epidemik penyakit di antara tahun 1845 dan 1849.
Malapetaka yang dikenali sebagai ‘the Great Hunger’ ini telah menyebabkan
sekurang-kurangnya satu juta penduduk Ireland telah meninggal dunia akibat
penyakit yang berkaitan dengan kebuluran dan lebih daripada satu juta di
kalangan rakyat Ireland telah membawa diri, terutamanya ke Amerika Syarikat,
England , Kanada, dan Australia.
Satu-satunya kerajaan luar yang telah menawarkan
bantuan kepada masyarakat Ireland yang Katolik ini hanyalah daripada pemerintah
Islam Daulah Uthmaniyyah Turki. Pemerintahnya pada ketika itu adalah Sultan
Abdul Majid yang telah menyatakan hasratnya untuk menghantar £ 10,000 sterling
(kira-kira USD 10,000,000 kalau dinilai dengan nilai matawang hari ini) kepada
para petani di Ireland.
Queen Victoria (Britain) meminta agar Sultan
menghantar hanya £ 1000 sterling, kerana Queen sendiri telah menghantar hanya £
2000 sterling kepada para penduduk yang sedang merana di Ireland pada ketika
itu.
Baginda Sultan yang adil dan pemurah ini
memutuskan untuk menghantar £ 1000 sterling (nilai sekarang USD 1,052,000)
sahaja tetapi dalam diam-diam Baginda
telah menghantar 3 buah kapal yang penuh dengan bekalan makanan .
Pentadbiran British cuba berbuat jahat dengan
menghalang kapal-kapal tersebut tetapi makanan itu akhirnya tiba secara rahsia
di pelabuhan Drogheda (di sebelah timur pantai Ireland).
Masyarakat katolik di Ireland sangat menghargai
sumbangan kemanusiaan yang diberikan oleh kerajaan Daulah Othmaniyyah Turki
yang telah memberikan bantuan kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama,
bangsa dan Negara
Di antara tanda penghormatan yang diberikan oleh
masyarakat Ireland kepada Turki bagi mengenang kembali sumbangan yang diberikan
tersebut ialah dengan menggunakan logo bulan sabit dan bintang (lambing bendera
dan kemegahan Othmaniyyah) sebagai logo rasmi kelab bola sepak Drogheda United
yang telah ditubuhkan sejak tahun 1919 lagi.
Baca lagi di :
http://www.razormind.co.uk/how-quickly-we-forget-how-muslims-helped-ireland-during-the-great-famine/


No comments:
Post a Comment