Bismillah….
Sedar x sedar, aku dah pown tamat sem 3 persediaan
di IPG Kampus Sultan Mizan. Dah setahun setengah berlalu dan pada tahun depan,
in sha Allah, aku bakal bergelar “pelajar degree” sem 1. Walaupun pada mulanya
aku rasa belajar kat IPG ni mesti lama gila kan…sebab 5 tahun setengah
kowt!!!tapi, setahun setengah dah pown berlalu. Cepat bangat dongggg!!*tertukaq
indon pulak,,hehe,, so, hanya tinggal 4 tahun lagi berbaki untuk aku terus
berjuang di IPG ni. Bagi aku 4 taun tu bukannya lama sangat. Masa lar nie
ternyata sudah semakin pantas. So, bagi aku logically, 4 taun tu cepat.
***
Apa yang aku tulih kat atas tu sekadar refleksi
diri aku. Haaaa,, nie baru nak masuk tajuk dia. Macam aku tulih kat tajuk,, aku
nak cerita pasai sem paling busy+serabut+main2…haha,, sem yang aku maksudkan tu
ialah sem 3. Macam2 program yang aku perlu libatkan diri. Antara program2 yang
menyibukkan diri aku dalam sem ni selain esaimen ialah Pertandingan Nasyid
Muslimin dan Muslimat, Konsert Nasyid Bersama Devo(asalnya Devotees, tapi dah
tukaq nama baqu), Pertandingan Basketball Inter-IPG Peringkat Piala Pengarah*
aku sempat join training ja..x g tournament pown sebab tarikh dya clash dengan
tarikh konsert nasyid,,huhu,,AKU PILIH KONSERT,, SIPMA( Sukan Institusi
Pendidikan Malaysia) dalam pertandingan squash dan….banyak lagi, tapi aku lupa
pulak,,huk alorhhh,,
Haaa,,walaupun sibuk dengan pelbagai program pada
sem nie, sempat jugak aku n kwan2 ambil gambaq sekadar kenangan suka
duka..hehe,,
Malam pembukaan SIPMA…gambaq nie diambik di Matrik Gambang,Pahang |
Latihan pusat SIPMA fasa 2…gambaq nie diambik depan Kompleks
Squasy Hang Jebat, Melaka.
|
pemilihan atlet squash zon utara di IPG Kampus Tengku Bainun,
Penang |
No comments:
Post a Comment