Saturday, November 30, 2013

Pilihan#1


Bio ke akaun??

Bismillah..

Semasa aku berada di tingkatan 3, aku amat berminat dengan subjek sains. Dalam sukatan subjek sains tingkatan 3, terdapat 3 pembahagian tajuk utama iaitu sains-biologi, sains-fizik dan sains-kimia. Dalam ketiga-tiga pembahagian topik ni, aku paling minat topik sains-kimia, diikuti oleh sains-bio dan sains fizik. Aku pun xtaw kenapa lar aku minat sangat dengan sains-kimia ni. Mungkin sebab aku nak belajaq untuk buat eksperimen yang boleh meletup tu kowt,,hehe,,*terpengaruh dengan cerita kartun.. So, oleh sebab minat, aku bercadang nak ambil subjek sains tulen agama semasa di tingkatan 4.

***

Selepas PMR~
Oleh sebab result pmr aku agak baik, aku diletakkan dalam kelas pertama subjek sains tulen agama. Pada mulanya, aku memang ingat subjek ni memang sesuai dengan aku. Namun,,,,,

Malam pertama, di kelas prep~

Tingkatan 4 Amanah, aku duduk dalam kelas paling top kowt. Mula-mula memang aku bangga, tapi, lepas aku masuk kelas prep malam yang pertama…..huhhhhhh!! amat psyco!! Kelas diam macam xda orang ja. Dalam kelas aku tu, lelaki 10 orang dan perempuan 20++ lar. Lelaki dalam kelas aku memang senyap, mungkin sebab malu ngan budak pompuan. Tp, yang aku peliknya, budak perempuan yang hampir 30 orang tu pown senyap tanpa sebarang suara. Aku ingatkan xda orang dalam kelas aku. Sekali aku pusing ke belakang,, mak oiii!! Depa dok study dah!! Semua pakat bukak buku biology form 4. Semangat baq hianggg!! Huhhh… memang psyco lar depa ni.. aku pown try lar bukak tengok buku bio tu, huhu,,

10 minit kemudian~

Buku ni tulih mnatang pa nie!! Ha**m tak paham!! So, sekadar untuk menyedapkan hati aku, mungkin subjek ni perlu ada guru mengajaq kat depan kowt, baru faham..hihi,,

Keesokan harinya~

Kelas bio pertama, aku duduk di meja depan sekali di makmal bio, *bajet semangat nak mengaji bio,,hehe,, cikgu subjek bio aku ialah cikgu A(bukan nama sebenar). Cikgu nie dari segi fizikalnya berumur dalam lingkungan 40-an lar. So, aku pown dok agak, mesti cikgu nie ajar best kan, sebab nampak macam dia dah lama mengajar. So, mungkin banyak pengalaman. *husnu dzhon,,hehe

Namun, sekali dia bercakap, walaupun aku duduk di depan sekali, susah nak tangkap apa yang dia cakap. Dia cakap slow gila! Aku tengok kawan2 sebelah, depa semua pakat dok baca sniri2 buku bio siap dengan buku rujukan lagi. Aku pown ikut lar cara depa. Tapi, lepas aku baca, apa satu pown aku x faham. Stressssss!!!

***

Selepas seminggu aku dok kelas bio, aku dah macam orang gila dah. Belajar bio x faham langsung. Aku ambil keputusan jumpa kaunselor. Cikgu kaunselor tu bukannya nak tolong aku hilangkan masalah, tapi mendatangkan lagi keserabutan jiwa raga ada lar. Ada ka patut dia dok terang kat aku tentang bidang kerjaya kalau aku ambik sains tulen agama. Aku ni baru form 4, bukannya lepasan universiti dah! Aduhhhh… so, aku dengar ja lar. But, in the end of the counseling session, *omputih sat yer,,hehe,, cikgu kounselor tu cadangkan aku supaya tukar kelas, masuk kelas akaun. Dia tau aku minat kimia. So, dia cadangkan aku masuk kelas akaun, drop bio but still ada kimia dan fizik. Kalau bulih, fizik pown aku x maw ambik, tapi, apa kan daya, sesungguhnya fizik dan kimia itu ibarat laut dan pantai, x boleh dipisahkan*apa aku meqapu nihh!! Hehe,,thanks cikgu kounselor….



So, jadilah aku pelajar kelas sains ikhtisas…

No comments:

Post a Comment