Saturday, November 30, 2013

Bakat Yang Hilang..



Semenjak berumur 9 tahun lagi, aku telah mempunyai bakat dalam sukan lompat tinggi. Bakat aku ni didiscover oleh seorang guru sukan sekolah aku. Dia perasan bentuk tubuh badan aku yang tinggi, kurus dan ringan, memang menepati kriteria untuk menjadi seorang atlet lompat tinggi. Bakat aku ini diasah dari tahun ke tahun. Tahun 2003 dan 2004 berlalu. Kedudukan johan dalam sukan lompat tinggi sekolahku masihku pegang. Malah, pada tahun 2004, aku turut memegang tempat ketiga daerah Kota Setar. Pada tahun 2005, guru sukan aku melatih aku dengan lebih gigih, sehinggakan aku mampu melompat dengan cara profesional. Namun, kedudukan johan aku tergugat pada tahun tersebut iaitu aku mendapat tempat ketiga. Meskipun aku mendapat tempat ketiga, guru sukan aku tetap memilih aku untuk wakil sekolah. Sebabnya, aku baru sahaja hendak mahir dengan gaya lompatan baru tu. So, mungkin, kalau lawan peringkat daerah nanti, boleh diimprovekan lagi. Ternyata, sangkaan guruku itu benar. Aku dinobatkan mendapat tempat ketiga kejohanan daerah, dan dipilih mewakili negeri. Tahun 2006 agak berbeza, aku mendapat johan di sekolah dan turut memecah rekod sekolah dalam sukan lompat tinggi. Aku juga dipilih menjadi olahragawan sekolah *memang unexpected,,

Setelah aku menyambung pelajaran ke sekolah menengah, bakat aku ini disia-siakan. Pada tahun 2007 dan 2008, dalam acara sukan sekolah aku, acara lompat tinggi tidak disenaraikan. Memang sedih.. namun pada tahun berikutnya, tahun 2009, kesedihan aku kembali terubat. Acara lompat tinggi buat kali pertamanya akan dianjurkan dalam kejohanan sukan sekolah. Sejak dari sesi latihan lagi, aku memang digeruni oleh lawan serta senior2 aku. Aku juga memang ditarget mendapat johan sekolah pada tahun tu. Namun, dalam satu sesi latihan petang, aku terlibat dalam satu insiden yang telah melenyapkan harapan aku serta memusnahkan bakat aku dalam sukan lompat tinggi selama-lamanya.. tulang bahu sebelah kiri aku retak akibat mislanding. Doktor kata aku memang tak boleh main dah..

Walaupun karier aku sebagai seorang high jumper dah musnah, aku tetap bersyukur sebab aku pernah dikurniakan bakat emas itu oleh-Nya. Walaupun aku tak dapat teruskan warisan turun temurun untuk mendapat johan dalam sukan lompat tinggi yang dari dahulunya sering dimenangi oleh ibuku semasa di sekolah rendah, adik dan kakak aku masih boleh meneruskannya. Sememangnya, bakat lompat tinggi yang ada dalam diri aku, kakak dan adik aku ni diturunkan daripada mak aku. Kakak aku hampir setiap tahun mendapat johan di sekolah menengahnya dan adik aku pulak pernah mendapat tempat kedua di sekolah. Walaupun aku  tak dapat bermain lagi, aku tetap gembira sebab masih ada adik-beradik aku yang boleh meneruskannya…


#moral: bersyukurlah dengan segala kurniaan Allah ke atas kita, dan sesungguhnya Allah mampu sangat2 kalau dia nak ambil balik apa sahaja yang Dia beri..

No comments:

Post a Comment