Tuesday, January 21, 2014

Husnu Zhon-lah Kepada Para Da’ei..




Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa

Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji

Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna



Hakikatnya...~



Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga

Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga

Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka

Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT

Dia juga MANUSIA


Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama


Semoga ada manfaat bersama... (^^)

No comments:

Post a Comment