Basketball ke konsert??
Semenjak dari sekolah menengah lagi, aku memang
minat dengan basketball. Setiap petang, waktu riadah, mesti aku habiskan masa
main basketball. Aku ni x lar terrer sangat pun. Tapi, ada lar kelebihan sikit.
Aku ni tinggi lar jugak dan sesuai lar nak main basketball. So, dengan
advantage ni lar aku jadi minat nak main basketball. Mula-mula aku belajar skor
dulu, lama-lama sampai lar ke tahap agak master dalam scoring. Lepas tu, kalau
dribble tu kurang sikit, tapi mungkin sebab aku berlari agak laju, susah lar
orang nak dapat bola dari aku. hehehe….
Selepas tamat sekolah menengah, aku bercita-cita
nak sambung lagi main basketball, sehingga ke tahap profesional
~konon-kononnyer lar~. So, lepas masuk IPG, aku terus sambung main basketball.
Tapi, kali ni lain sikit, sebab aku agak terpengaruh dengan
Streetball(permainan yang hampir sama dengan Basketball) yang aku selalu tengok
di Youtube. Permainan ni memamg bes lar, boleh buat macam-macam skil. Ada ja
skil yang aku tiru untuk aku praktikkan dalam basketball.
Usaha aku nak maju dalam bidang basketball ni
dipermudahkan lagi apabila seorang senior aku yang bernama B(bukan nama
sebenar), mengajak aku untuk menyertai kelab basketball ipg. Pada mulanya,
berat jugak hati aku nak join kelab tu, sebab aku ni reti main sikit-sikit ja.
Lepas tu, aku mana pernah ada jurulatih pun nak ajar aku. Tapi, walaupun aku
dah explain pada B, dia kata aku bohong dan cuba merendah diri. So, dengan
‘paksa rela’ aku join kelab tu.
Dalam kelab basketball tu, majoritinya budak cina.
Melayu aku dengan B ja. Memang aku rasa lagi down lar. Dah lar diorang semua
tinggi-tinggi, besar-besar, malah terer pulak tu. Apabila diorang ajak main,
aku berat hati ja nak main. Bukan apa, aku cuma takut aku tak dapat main dengan
baik.
Sesi latihan pertama~
Sangkaan aku memang betul. Aku punya permainan
memang hancosss!!! Pasukan basketball di
IPG ni lebih suka bermain secara passing dan bergerak secara berpasukan. Yang
aku ni pulak lebih suka bermain secara solo dan passing kalau perlu saja.
Hurmmmm,, lepas habis ja latihan sesi pertama tu, macam-macam cacian aku terima
daripada senior S(bukan nama sebenar). Dia seorang berbangsa cina.
Fuhhhhh,,,berapi-api semburan kata-kata yang tak memberi motivasi dia muntahkan
ke telinga aku yang kian bernanah dan berdarah akibat hanya tahan mendengar.
Dalam hati aku masa tu, nak ja aku tumbuk muka si S tu, tapi sedikit keimanan
menghalang aku berbuat begitu. Nanti apa pula kata senior-senior yang lain, aku
ni dah lar masih junior dan budak mentah dalam pasukan basketball tu, dah nak
tunjuk besar kepala. So, aku biarkan telinga bernanah mendengar, hati berdarah
dirobek oleh kata-kata kurang sopan serta tidak memotivasikan diri itu.
***
Selepas menghadiri beberapa siri latihan, aku
berasa agak yakin bahawa aku boleh bermain dengan baik suatu hari. Tambahan
pula, dengan adanya senior-senior yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk
ajar kepada aku. Namun,,,keyakinan aku tak berkekal lama. Dalam tempoh 2 minggu
lagi, akan diadakan pertandingan bola keranjang antara IPG seluruh Malaysia.
Aku yang baru saja hendak menyesuaikan diri dengan ahli pasukan dan cara
permainan pasukan itu berasa tertekan. Aku dikehendaki berlatih sampai mahir
dalam masa hanya dua minggu. Amatlah berat tekanan ini. Malahan, dalam masa dua
minggu yang sama, aku juga mempunyai dua program di bawah anjuran Persatuan
Pelajar Islam(PPI) iaitu program pertandingan nasyid muslimin dan muslimat
serta konsert nasyid bersama Devotees. Dalam kedua-dua program ini, aku
diberikan tugas sebagai pengarah program dan back floor manager, amatlah susah.
Setelah aku selidiki, tarikh pertandingan
basketball tu bertindih dengan tarikh konsert nasyid bersama devotees. So,
sekarang memang aku agak dilema, nak pilih yang mana satu. Hati aku memang nak
join pertandingan basketball tu sebab sijil dia peringkat kebangsaan kowtttt…
kalaw aku join konsert nasyid tu, peringkat IPG ja… keliru~
No comments:
Post a Comment