Bismillah,
kali ni aku nak cerita sikit fasal satu pengalaman yang agak kelat or pahit
untuk diingatkan. Aku baru ja lalui pengalaman tu kelmarin time on the way
balik ke tanah tumpahnya darahku, Kedah dari IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
sempena Gong Xie Fa Chai. Macam2 dugaan dan cabaran aku hadapi ketika dalam
perjalanan. Ceritanya begini….
27.03.1435H/29.01.2014M,
hari Rabu..
Aku
dan seorang senior bernama Non, seorang guru pelatih prasekolah sem 3 ijazah di
ipgksm dan berasal dari Jitra, Kedah; menumpang kawan aku bernama Lan, seorang
guru pelatih bahasa arab sem 1 ijazah di ipgksm dan keluarganya baru berpindah
ke Pendang, Kedah-dekat dengan rumah aku; untuk pulang ke Kedah bersama-sama.
Lan adalah classmate aku, manakala Non pula ialah roommate Lan. Ok faham di
situ… kalau tak faham, buat2 faham..
Pukul
3 petang, kami bertiga bertolak dari ipgksm dengan menaiki sebuah kereta
Perodua Kancil milik Lan. Dalam perjalanan ni, Lan sebagai Mister Driver full
shift, Non sebagai Navigator, dan aku sebagai…aku sebagai apa erk? Haaa..aku
tolong tengok signboard. Tu ja keja aku. Nak drive tak reti, so tolong tengok
jalan ja la…
Perjalanan
kami pada mulanya berjalan lancar sebelum memasuki lebuh raya Grik. Namun,
setelah memasuki kawasan lebuh raya Grik, kami ibarat sedang berlumba dengan
sebuah kereta Proton Pesona berwarna merah dengan nombor pendaftaran DBV 8004 yang dipandu oleh seorang mak cik bertudung biru dan
berkaca mata. Walaupun perempuan, mak cik tu seriously like a real street
racer. Laju gila dia bawak. Bagi aku, kawan aku, Lan tu, adalah orang yang
paling laju bawak keta yang pernah aku kenal, tapi, kelajuan Lan tercabar oleh
seorang mak cik pertengahan umur.
Selepas
singgah di R&R jeli, bermulalah aksi kejar-mengejar dan pintas-memintas
antara kereta kami dengan kereta mak cik legend tu. Sampailah satu
persimpangan, mungkin mak cik tu dah bajet dia tengah on real street race
challenge and mungkin dia nak menang, dia pecut sehabis boleh sampai hilang
keta dia dari pandangan kami *serius style gila mak cik
tu, betul x tipu..
Kemudian,
mungkin Lan terasa skill pemanduan dan kelajuannya tercabar, dia pun mengambil
keputusan untuk mengejar mak cik tu. Sampailah dapat catch up gak dengan speed
mak cik tu. Kami jumpa balik kat sebuah traffic light. Tiba2, Non yang duduk
kat seat penumpang di bahagian belakang, terperasan bahawa mak cik tu sedang
tengok kat sigh mirror keta dia. Dia dok usha kami dengan wajah hairan.. hehe,
mungkin dia rasa pelik kowt sebab masakan bisa sebuah kereta kancil mampu
ngejarin keretanya proton pesona itu..hehe..
Selepas
saja traffic light turn green, mak cik tu terus memecut. Huk alorh, sakit perut
nok beranok ke mok cik nim, mungkinlar.. Lan steady ja.. Dia malas nak layan
mak cik tu..
Sebelum
tu, dekat Tasik Banding, ada 2-3 buah kereta asyik bagi isyarat lampu. Kali
pertama betul2 kat atas jambatan kat Tasik Banding. Lan ingat ada gajah. Aku
ngan Non ingat dapat lar tengok gajah live. Tapi, selepas beberapa kilometer,
tak ada jugak gajah. Hurmmm, tiba2 ada sebuah kereta lagi bagi isyarat lampu,
Lan masih dok ingat ada gajah. Aku plak dok ingat ada accident. Dan Non plak
dok ingat ada road block.
Ketiga2
ramalan kami failed!! Ekceli ada pokok tumbang kat depan. Time kami lalu tu,
nampak ada 4-5 orang bro motorbike berhenti tolong angkat batang pokok ke tepi.
Kitorang tak tlong pown, juz angkat tangan tanda terima kasih.
Then,
jalan depan sikit, ada lagi sebijik keta bagi isyarat lampu. Kali ni, kami
bertiga ekspek ada roadblock. Ya ternyata benar. Sampai saja depan polis, Lan
menghentikan kereta, scroll down cermin then bagi salam. Bro polis tu jawab
salam. Dia tanya, “dik, nak p mana ni dik? Lan jawab, “Nak balik Kedah, bang”.
“dari mana ni”, bro polis tu tanya lagi, “Dari Maktab Perguruan, Besut!!”,
sampuk Non. “Oh, budak ipg lar ni, hurmm, tunjuk lesen dik” bro polis
menyambung lagi.
Lan
pun cepat2 bukak wallet, cari lesen. Cari punya cari, punya cari.. TAK JUMPA!!
Sudah… “Aik!! Mana lesen aku?!! Takkan tertinggai kat ipg pulak kowt!!” Lan
berkata sambil cuak mencari lesen di dalam dompetnya. Bro polis pown berkata,
“Adik, pi tepi dulu dik”. Lan membawa keretanya ke tepi seperti yang diarahkan.
Non tiba2 gelak besar “HAHAHAHAHA!! Wey Lan, hang tinggai lesen ka?!! Mati
dah..HAHAHAHA”. Yang aku pulak time tu cuba cari lesen Lan dalam box depan,
kowt2 dia tertinggal dalam tu, tapi tak jumpa. Dalam keadaan tengah cuak tu, “
HAAAAAA, Ni Dia lesen aku!!”, Lan berkata seperti orang baru lepas daripada
kena makan dengan singa. “ Hang ni buat saspen ja lar, Lan.”,Non berkata. Aku
menarik nafas lega.. lepas bro polis tu check apa suma, dia pown bagi kami
jalan. Huhu, mekasih bro..
Perjalanan
menuju jalan pulang diteruskan. Oleh sebab Lan dah berpindah ke Pendang, kami
pun buat keputusan nak ambik jalan shortcut terus ke Alor Setar, tak nak masuk
ikut Kuala Ketil dan SP dah. Sampai di suatu simpang 3, di tempat yang bernama
Kupang, navigator perjalanan, Non pown bagi isyarat suruh belok kanan. Lan
sebagai mister driver ikut saja. Aku sebagai peng-usha signboard agak ragu2.
Lepas
masuk jalan tu, aku langsung tak nampak signboard ke Alor Setar, yang ada
hanyalah signboard ke Sik dan tempat air panas Ulu Langat. Asal jumpa simpang
tiga ja, Non bagitau belok kanan. Aku masih dalam keraguan, Lan memandu sahaja.
Sehingga sampai ke suatu simpang 3, Non kata, “ Wey Lan, awat aku rasa macam
tak pernah lalu pown jalan ni?”. Lan jawab “Ai, takkan hang tak ingat jalan
pulak, Non? Kan hang selalu balik guna jalan ni?”. Non dengan rasa bersalah
berkata, “Memang la aku selalu balik guna jalan ni, tapi, aku rasa macam silap
jalan ja..hihi”
Aku
yang dari tadi asyik meng-usha signboard perasan, “Wey tadi kita lalu ikut
Pulai, lar ni dah lepas Kampung Mamali dah ni. Aku rasa time kat Kupang tadi tu
kita kena terus la..” Lan kata, “Hurmm, takpa, kita try cari jalan kot ni dlu”,
Non pulak “Lan, hang try belok kiri pulak”.
Lepas
Lan belok ke kiri, kami terus melalui jalan yang berbukit. Ada beberapa buah
motor dan kereta dipandu arah bertentangan dengan arah kami, turun bukit. Kiri
kanan jalan dipenuhi hutan tebal, agak seram. Lan kata, “Ishh, kita dok tengah
hutan ni, baik pasang ayat Quran”. CD alunan suara Mishari al-Fasi dimainkan. Makin
lama jalan makin gelap dan sempit. Non kata, “ Lan, kita nak pi mana ni?!! Aku
rasa ni dah salah jalan dah ni.”, aku pulak, “Wey kita nak pi mandi ayaq terjun
ka ni? Macam jalan nak pi ayaq terjun ja ni” try to make joke dalam keadaan yang sedang gawat.
Non
kata, “Wey Lan, baik kita patah balik lar. Satgi makin jauh pulak sesat. Dah la
jalan gelap seram aku. Kita kat mana pun tak tau dah ni.” Lan dengan selamba
berkata, “Kita kat KARAK lar ni, hehehe”, Non berkata “Hang jangan sebut Lan,
satgi dia mai sungguh satgi mampoih!” Lan balas, “Haha, kat atas bumbung ni tah2
ada satu pa? hehe aku tauriyyah ja, ok.” Selepas berpatah balik, Non berkata,
“Aku rasa ni mesti mak cik tadi tu hantaq benda papa kat kita ni, tu lar hang
Lan, race lagi ngan mak cik tadi tu, hahaha.” Satu kereta riuh dengan gelak
ketawa kami bertiga.
Non
bagi idea kat Lan, better kami berhenti tanya jalan kat orang situ. Lan pun
berhenti depan sebuah kedai. Kali ni giliran aku pulak untuk bertanya jalan.
Aku pun dengan muka tak malunya keluar bertanya kepada seorang pak cik
pertengahan umur, “Assalamualaikum, pak cik, nak tnyer jalan sikit bole tak pak
cik.” Aku guna slang KEYEL sebab malu nak mengaku orang Kedah, nanti apa pulak
kata pak cik tu, orang kedah pun sesat kat negeri sendiri. “Waalaikumsalam, ya
adik nak pi mana ni?”, tanya pak cik tu. “Kitorang nak pegi Alor Setar pak cik,
tapi kitorang tak tahu jalan”, jawab aku. “Owhhh, nak pi aloq setaq ka, senang ja
dik, adik ambik jalan ni, adik straight ja, dalam 3 km camtu, adik jumpa
simpang 3, pastu kona kanan. Lepaih tu, adik straight lagi dalam 3-4 km lagi,
adik jumpa simpang, adik jumpa papan tanda ke Parit Panjang dengan Aloq Setaq,
adik belok kiri, nanti jumpa lar jalan besaq. Setelah copy semua maklumat yang
pak cik tu bagi, aku pun minta diri untuk beredar “Trime kasih yer, pak cik,
assalamualaikum”. “Sama2, waalaikumsalam”.
Masuk
ja dalam keta, semua maklumat aku ceritakan kat Lan dan Non. Non tiba2
bersuara, “Jadi sungguh hang noh, Fahmi, cakap KEYEL”. Aku berkata, “Mesti lar
speaking KEYEL, kalau cakap Kedah, malu mampoih!!haha..”
Jalan
yang pak cik tadi bagi semua kami ikut, ALHAMDULILLAH, memang betul jalannya.
Jumpa saja highway, Lan terus pecut untuk ke Sahab Perdana nak hantar Non.
Selepas keluar highway, Lan memnadu agak laju. Traffic agak sesak time tu.
Kereta yang kami naiki mengikut rapat dari belakang sebuah kereta mewah Honda
Civic berwarna putih.
Tiba2, “Eeiiiiiitttttttttttttttttttttt!!!!” Lan menekan break
keretanya yang sedang laju dipandu sebab kereta Honda civic tu break mengejut.
Lan menekan break sehabis yang boleh, tapi sebab keretanya terlalu laju,
tayarnya jadi licin. Kereta terus bergerak. Lan menjerit, Non menutup mata
ketakutan, aku get ready untuk terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
“Fuhhhh,, selamat tak belah belakang keta depan ni” Lan menghela nafas lega.
Aku dan Non kembali berasa lega. Kereta Lan betul2 berhenti lebih kurang 1-2
inci saja belakang keta Honda civic tu. Kalau tak memang nahas la kami.
Namun,
tiba2, “BAAMMMMMMMMMMMMM!!!!!”, kelegaan kami musnah. Sebuah kereta model lama
yang dipandu oleh seorang pak cik cina tua, merempuh kereta kami dari belakang.
Lan tersentap. Non cuak. Aku diam kelu tanpa perkataan.
Lan
dan Non terus keluar dari kereta. Aku menerima satu panggilan daripada Mama.
Segera kumenjawab, namun langsung tak ku ceritakan bahawa kami terlibat dalam
kemalangan, sebab takut Mama risau. Lagipun, esok adalah hari ulang tahun
kelahiran Mama kali ke-46. Aku segera menghabiskan percakapan dengan Mama
dengan memberi alasan aku tidak dapat mendengar dengan jelas waktu itu. Lalu
keluar mendekati Lan dan Non yang sedang berbincang dengan pak cik cina tu.
Non
meraba-raba bumper belakang kereta Lan. “Nasib baik Lan, bumper hang tak
pecah”, Lan masih berada dalam keadaan terkejut, tiba2 dia terperasan bahagian
bonet keretanya kepik sedikit. Pak cik cina lalu berkata, “sory la, break saya
tala makan maa, kereta suda lama, berapa lu mau? Saya bayar. Saya tala manyak
duit. RM50 cukup?” Lan menjawab “RM50??mana cukup!! Ni nak kena ketuk ni,
mahal. Kami ni pelajar lagi, mana ada duit uncle.” Non menambah, “Uncle, ni nak
kena ketuk bukan murah uncle, kami belajar lagi ni, tak da duit uncle.” “ok2,
saya bagi RM70 cukup?”, Non membalas, “Mana cukup uncle, ni mahal ni, RM100
lar”. uncle tu bergerak ke keretanya dan kelihatan seperti sedang berbincang
dengan isteri dan anak perempuannya, kemudian menghampiri kami semula. “saya
bagi RM80 la, saya bukan orang kaya, lagipun esok saya mau raya, nak guna
manyak duit lagi maa” Non terus ambil duit.
Masuk
saja dalam kereta, kami berasa amat lega. Nasib baik kereta uncle tu yang
langgar keta kami dan nasib baik bukan kami yang langgar honda civic putih kat
depan kami, kalau tak memang beribu pulak nak kena bayaq.
Akhirnya,
kami pun tiba di destinasi pertama, Sahab Perdana. Kelihatan keluarga Non
sedang menunggu di tepi jalan. Lepas Non ngan femeli dia balik, maka tinggal
aku dengan Lan ja lar. Kami yang tadi masih belum solat maghrib dan isyak,
menunaikan kewajipan tersebut dahulu di surau Stesen Bas Sahab Perdana. Selesai
solat, kami meneruskan perjalanan menuju Pendang kerana rumah baru Lan kat
Pendang, dan Mama sedang tunggu aku di Petronas Pendang.
On
the way nak pi Pendang, aku lah yang jadi navigator. PUNAHH!!! Aku lupa jalan!!
Macam2 lorong kami masuk, semua jalan tak betoi. Kesian Lan, dia dari tadi lagi
dok bawak keta. Memang dia letih gila, dengan sesat kat Sik tadi, eksiden pulak
dan lar ni sedang sesat mencari jalan ke Pendang. Tiba2 aku teringat jalan ke
Simpang Kuala, kami terus ambil jalan tu. Alhamdulillah betul, sampai Saja
Simpang, aku kembali ingat jalan. Kami terus bergegas ke Pendang.
Hari sudah
lewat malam. Pukul 11.15 malam, kami tiba di Petronas Pendang, tempat Mama
sedang tunggu aku.Aku
berbincang dengan Mama untuk tolong Lan mencari rumah barunya di Taman Koperasi
Risda, Air Putih, Pendang. Alhamdulillah, dengan senang, kami boleh jumpa taman
tu. Lan kelihatan begitu keletihan. Setelah bersalam ukhuwah dengan Lan aku pun
terus bergerak pulang. Happy dapat tolong Lan carikan rumah baru dia tu.
Seriously,
inilah perjalanan aku, sepanjang 2 tahun ulang-alik IPG-Kedah yang paling
adventure dan memenatkan. Terbaik!! Long Journey. Racing With A Mak Cik Like A
Street Racer. Lose Way. Accident. Lose Way Again. After All Challenges, Finally
Home. Thank You Allah For Showing Us The Way Home. ALHAMDULILLAH….
wah . style :D
ReplyDeletehaha,,begitu jugalah perjalanan hidup manusia d dunia, penuh dugaan dan ujian..
Delete