UIA ke IPG??
Selepas SPM, Alhamdulillah, aku dapat result yang
agak baik. Mak aku cadangkan supaya aku masuk IPG sebab kalau aku masuk IPG,
aku diberi elaun(mudah lar skit sebab kami bukan orang yang kaya). Selain itu,
selepas keluar IPG, aku dijamin kerja(sekarang x dijamin dah). So, mudah lar.
Lagipun, aku memang x maw menyusahkan mak aku dah, terpaksa cari duit, bergolok
gadai semata-mata nak bagi aku sambung mengaji.
Selepas pergi temu duga IPG di IPDA pada 7 Mei
2012 untuk subjek Pendidikan Islam, aku dimaklumkan bahawa tarikh result temu
duga akan dikeluarkan pada 5 Jun 2012. Selain itu, selepas aku keluar dari
bilik temu duga tu, aku mendapat satu SMS yang mengatakan aku telah berjaya
mendapat tawaran untuk menyambung pengajian ke UIA. Pada mulanya aku hanya
tersenyum sebab aku bukan nak masuk UIA pown, aku nak masuk IPG, hehe..
Selepas balik rumah, aku berfikir sejenak..tarikh
pendaftaran UIA adalah pada 3 Jun 2012 iaitu 2 hari sebelum result IPG keluar.
Aku agak keliru masa tu. Selepas berbincang dengan mak dan ahli keluarga aku,
satu keputusan diputuskan. Aku akan daftar UIA pada 3 Jun, kemudian selepas
result IPG keluar pada 5 Jun, sekiranya aku berjaya, aku akan keluar UIA then
daftar IPG dan kalau x berjaya, maka aku stay kat UIA jahh..huhu,, perancangan
yang menentukan masa depan. Bukan apa, aku rasa x confident bley dapat ipg, so,
nak selamat, aku masuk UIA lar dlu.
Selepas mendaftar UIA pada 3 Jun, aku amat exited
menunggu tarikh keramat dalam hidup aku, iaitu 5 Jun, tarikh keluar result
IPG!! Kat UIA aku x bawa laptop n xda internet lagi masa tu, so, aku memang x
bley nak check sendiri lar result IPG tu. Aku pown mintak lar daripada ibu
kepada seorang senior aku, Mak Cik Ina(macam mana kami boleh kenal nanti aku
ceritakan ya,,), selepas berjam-jam dengan susulan berkali-kali menghubungi Mak
Cik Ina, result masih belum juga diketahui. Sehinggalah pukul 6 petang, 5 Jun
2012, satu panggilan kuterima daripada Mak Cik Ina. Suaranya bercakap dengan
nada agak hampa,
“Assalamualaikum, nak Fahmi, keputusan IPG yang
Mak Cik check tadi, dia kata akan ditangguhkan. So, tarikh baru dia ialah 25
Jun. Mak Cik harap Fahmi bersabar ya.. doa banyak-banyak, in sha Allah, Allah
bagi. Nanti Mak Cik tolong check lain.”
Macam tu lar lebih kurang kata-kata Mak Cik Ina.
Aku frusttt gila ari tu. Geram pown ada. Tapi, hanya kesabaran yang mendorong
aku supaya terus menunggu.
Tunggu punya tunggu punya tunggu~~~
25 Jun pown menjengah. Hati aku x taw nak kata lar
ari tu. Selagi aku x taw result IPG tu, selagi tu lar hati aku x tenteram. Jam
11.30 pagi, aku terima satu panggilan. Panggilan yang amat ku nanti-nantikan.
Panggilan daripada Mak Cik Ina. ya, ternyata ianya panggilan daripadanya.
Dengan penuh keghairahan ku angkat fonku. Keghairahanku yang tadinya memuncak,
kini mendatar turun apabila mendengar nada sayu suara Mak Cik Ina.
“Assalamualaikum, Fahmi. Mak Cik harap fahmi sabaq
ya dengan apa yang Mak Cik nak habaq kat Fahmi ni. Mak Cik dah berkali-kali dah
check keputusan IPG Fahmi, tapi, keputusan dia tetap sama. Fahmi TIDAK
TERPILIH. Mintak maaf banyak-banyak ya Fahmi, setakat tu ja Mak Cik boleh
tolong Fahmi. So, Mak Cik harap Fahmi boleh terima keputusan ni dengan sabaq.
Tak pa lar Fahmi, Fahmi stay lark kat UIA, senior-senior dan kawan-kawan Fahmi
kan ramai kat sna. Abang Fikri (anak Mak Cik Ina) pown ada kat sana.”
Mendengar keputusan itu, hatiku sebak. Sebak
menahan kesedihan yang membuak yang akhirnya diiringi dengan titisan air mata
yang mengalir hangat di pipiku. Sedih sangat. Mana taknya, mak aku harap sangat
aku masuk IPG. Sejurus selepas itu, aku terus call mak aku. Alhamdulillah,
sememangnya, Allah jadikan seorang ibu itu sebagai penenang hati anaknya yang
sedang gundah. Mak aku bagi aku semangat baru untuk teruskan dengan apa yang
aku ada pada masa tu. Tanpa menoleh kepada hari kelmarin, aku teruskan dengan
azam baru. Aku tetap nak jadi cikgu, tetapi bukan melalui IPG, tetapi melalui
UIA. Itulah tekad aku.
***
Tatkala hatiku ini sudah menjadi indah meneruskan
cabaran pelajaran di UIA, ujian Allah datang lagi. 15 Julai 2012, ketika aku
dalam perjalanan ke masjid CFS IIUM untuk menunaikan solat fardu maghrib,
kuterima satu SMS daripada nombor yang ku tak ketahui. Kubuka kandungan
mesejnya. Ternyata, aku terkejut membaca mesej itu. Perasaanku ketika itu
bercampur. Sedih dan gembira. Antara kandungan mesej tersebut ialah:
“Tahniah! Mohd. Fahmi Faez Bin Azmi, anda telah
berjaya untuk menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Guru(IPG). Anda
hendaklah mendaftarkan diri anda pada 17 Julai 2012,Ahad, pada jam 8.00 pagi.
Sila bawa dokumen-dokumen yang dikehendaki bersama anda serta pengesahan.
Borang-borang yang berkenaan hendaklah dimuat turun daripada laman web kami.
Terima kasih.”
Aku sedih kerana aku bakal meninggalkan UIA yang
aku dah mula cintai ini. Dan aku gembira sebab Allah dah kabulkan doa setiap
kali di saat sujudku. Macam biasa, pabila hatiku tidak tenang, aku call mak
aku. Kali ni, mak aku sendiri x boleh bagi keputusan untuk aku, sebab aku
sendiri yang kena pilih. Kelirunya!!!!!!!!
Pada malam harinya, selepas isyak, Mak Cik Ina
call aku. Dengan nada gembira dia berkata:
“ Assalamualaikum Fahmi, tahniah ya, dapat IPG.
Alhamdulillah, Allah dah kabulkan doa Fahmi. Mak Cik check tadi. Fahmi dapat
IPG Kampus Sultan Mizan, Kota Putera, Besut, Terengganu. Nanti, Fahmi ambik bas
dari KL terus ke Stesen Bas Jerteh. Kalau bab dokumen dan borang yang Fahmi
kena isi tu, jangan risau, Mak Cik dah printkan, dah bagi kat mak fahmi dah
pown. So, tahniah sekali lagi!! Mak Cik sokong Fahmi. Ikut Fahmi lar kalau
Fahmi nak stay kat UIA atau nak pindah ke IPG. Yang penting Fahmi belajaq.
Kalau susah sangat Fahmi nak pilih, buatlah istikharah. In sha Allah, Allah tunjuk
jalan yang terbaik.”
Mendengar kata-kata insan yang sentiasa menyokong
aku iaitu, Mak dan family aku, Mak Cik Ina dan keluarga dia dan kawan-kawan
aku, keputusan aku buat. Tanpa istikharah. Kenapa? Sebab aku dah bezakan secara
keseluruhannya antara IPG dengan UIA, dengan ilham daripada Allah.
Pilihanku ialah IPG………….
bagus dan tahniah sebab pilih sini..
ReplyDeletehohoho..
check here too..
http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2011/09/tawaran-oh-tawaran.html
haha,,punya pengalaman sama kan izzat..
Delete